Lelaki tumbuh buah dada akibat gemar makan makanan ini

5055 views

Lelaki tumbuh buah dada akibat gemar makan makanan ini|akibat memiliki tabiat mengkonsumi makanan segera secara (junk food) melampau seorang pemuda berusia 19 tahun dari Cangnan Wilayah Zhejiang, China mengalami pertumbuhan tidak normal buah dada sebelah kanan. Saiznya sama seperti buah dada wanita bersaiz ‘A-cup bra.’

Dia mula perasan pertumbuhan tidak normal ini sejak berusia 13 tahun lagi. Risau dengan keadaan tersebut Xiao Yang dan ibubapanya cuba mendapatkan rawatan di beberapa buah hospital tetapi gagal diubati. Malah buah dadanya semakin berkembang mekar.

Kemudian awal Julai lalu, mereka pergi ke Hospital Wenzhou Tengah dan diperiksa oleh ketu perubatan Dr Pan Zhongliang. Dr Pan mengesyaki ia berpunca daripada tabiat pemakanan Xiao Yang yang sangat menggemari makanan segera (junk food).

Selepas menjalani pemeriksaan, Dr Pan mencadangkan pembedahan mastectomy iaitu membuang sebahagian sel buah dada kanan supaya saiznya seimbang dengan buah dada kiri. Lima hari kemudian Xiao Yang dibenarkan keluar dari hospital.

Menurut Dr Pan kes Xiaou Yang berpunca daripada ketidakseimbangan hormon. Keadaan ini berpunca daripada pengambilan terlalu banyak makanan segera.

Adalah silap jika menganggap ini merupakan kes terpencil akibat pengambilan berlebihan makanan segera. Hal ini demikian kerana di China terdapat lebih 100 kes yang sama dilaporkan setiap tahun.

Boleh dikatakan hampir semua kes tersebut berpunca daripada tabiat pemakanan yang tidak sihat sehingga mengganggu keseimbangan hormon dalam tubuh.

Pada tahun 2015 seorang pemuda berusia 26 tahun juga mengalami keadaan yang sama. Bezanya kedua-dua buah dadanya tumbuh seperti buah dada wanita.

Jadi buat kamu yang menggemari makanan segera terutama remaja lelaki, sila ambil perhatian terhadap perkara ini. Takut nanti kalau kejadian sama menimpa, kamu terpaksa berkongsi bra dengan adik dan kakak.

 

 

Tags: #Lelaki tumbuh buah dada akibat gemar makan makanan ini