Lelaki melayu Diserang 13 Samseng Stady Tak Tumbang Masa Di Bedal

1633 views

parang8

 

 Lelaki melayu Diserang 13 Samseng Stady Tak Tumbang Masa Di Bedal | Terbaharu, seorang lelaki terpaksa menahan kesakitan dalam keadaan berlumuran darah sebelum dibantu apabila diserang sekumpulan 13 lelaki, pada malam Jumaat.

Perkara ini dikongsikan sendiri mangsa menerusi akaun Facebooknya, Najib Baterin.

Menurut mangsa kejadian berlaku di Sunway Kayangan, jalan menuju ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) Puncak Perdana selepas keretanya terlanggar sebuah Proton Waja yang memasuki laluannya.

Selepas kereta diberhentikan, pemandu Waja terbabit dikatakan menghubungi rakan-rakannya yang tiba tak lama kemudian lalu menyerang mangsa.

Walaupun parah, mangsa bersyukur kerana masih mampu melawan dan tidak tumbang ketika diserang kerana jika itu berlaku, keadaannya pasti lebih parah lagi.

Lihat sajalah gambar kecederaan dialami mangsa yang dikongsikannya, memang ngeri..

parang

 

parang1

 

parang2

 

parang5

 

parang7

 

parang3
Selepas dibawa ke hospital, luka dialami mangsa hanya selesai dirawat dan dijahit sekitar jam 5 pagi, selepas berada selama 8 jam dalam bilik kecemasan.

Difahamkan, laporan polis telah pun dibuat pada hari ini.

Aduh, mujurlah yang kena ni boleh kira ‘brader kental’, bayangkan kalau perempuan diserang lelaki seramai itu?

Saran kami, kalau dah terlibat dengan kemalangan dan nampak macam pihak lagi satu mencurigakan untuk dibawa berbincang, tak perlulah turun kereta untuk buat penyelesaian tepi jalan.. pecut saja ke balai polis berhampiran untuk buat laporan! – MYNEWSHUB.CC

Tags: #13 samseng #Diserang #Facebooknya #India #lelaki melayu #Najib Baterin. #Sunway Kayangan