Lelaki Gila Talak Langgar, Cuba Culik Bekas Isteri

658 views

langgarSeorang wanita menerima igauan ngeri apabila dipercayai diculik dan dilanggar bekas suaminya sendiri di Jalan Bukit Pinang, Alor Setar, semalam.

Kejadian kira-kira pukul 6 pagi itu mengakibatkan mangsa, Rorniza Fadzil cedera di bahagian kepala, badan dan kaki.

Menceritakan detik kejadian, Rorniza dilaporkan sedang menunggang motosikal sebelum dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta dikatakan dipandu bekas suaminya.

Rorniza kemudiannya ditarik masuk ke dalam kereta cuba melepaskan diri daripada suspek sebelum dilanggar sebuah kenderaan lain.

Mangsa yang dilaporkan masih kritikal dan koma menerima rawatan di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar.

Sementara itu, bekas suami mangsa yang dipercayai suspek kes culik dan langgar wanita berkenaan berjaya ditahan awal pagi tadi di sebuah rumah di Baling.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Adzaman Md Jan berkata, suspek berusia 53 tahun ditahan kira-kira jam 4 pagi tadi bagi membantu siasatan.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar untuk tindakan lanjut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan kerana mendatangkan kecederaan,” katanya.

Sebelum ini, mangsa dilaporkan sering diganggu dan diugut suspek sejak mereka bercerai kira-kira tujuh bulan lalu.