Lelaki gantung diri selepas cinta tak direstui

428 views

Lelaki gantung diri selepas cinta tak direstui|SIBU: Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan tergantung di belakang rumah dekat sini awal pagi semalam, dipercayai akibat membunuh diri selepas hubungan cinta bersama gadis pilihannya tidak direstui ahli keluarga.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Stanley Jonathan Ringgit berkata, mangsa dijumpai tergantung oleh kakaknya di belakang rumah menggunakan tali nilon yang diikat pada besi bumbung bahagian dapur sekitar jam 5.00 pagi tadi.”Sejurus selepas itu, kakaknya terus memaklumkan kepada pihak polis yang pergi ke tempat kejadian untuk menjalankan siasatan,” katanya ketika dihubungi.

Menurut pengadu, adiknya, 25 tahun, dipercayai mengalami kemurungan dan tekanan selepas ahli keluarga tidak setuju dengan hubungan teman wanita pilihannya.Katanya,

siasatan awal pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah IPD Sibu mendapati tiada unsur-unsur jenayah dikaitkan sengan kematian mangsa di tempat kejadian.

Stanley mengesahkan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut setakat ini.Menurut maklumat pengadu, si mati pernah dilaporkan keluar rumah pada 28 Februari lalu namun dijumpai di Miri dan dibawa balik ke Sibu pada 3 Mac lepas.”Mayat si mati telah dihantar ke Hospital Sibu untuk bedah siasat.

Tags: #cinta #GANTUNG DIRI #takdirestui