Lelaki dipenjara 3 bulan simpan coli curi yang belum di basuh

572 views

Lelaki dipenjara 3 bulan simpan coli curi yang belum di basuh|Lelaki dijatuhi hukuman penjara tiga bulan oleh Mahkamah Majistret Kuala Terengganu hari ini, selepas gagal memberi penjelasan mengenai pemilikan empat helai coli dan beg bercorak bunga yang dipercayai barangan curi.

Majistret Abdul Hayyi Salim membuat keputusan itu selepas tertuduh, Muhammad Zulzikry Mohd Tarmizi, 20, dari Manir, di sini, mengaku salah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 29 (1) Akta Kesalahan Kecil 1955.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa gagal memberi penjelasan mengenai pemilikan empat coli dalam pelbagai warna dan beg kain bercorak bunga.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di rumah di Kampung Jeram, Manir, di sini, 12.30 tengah hari pada 6 Januari lalu.

Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman denda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga setahun atau kedua-duanya sekali, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa, Inspektor Miky Dunstan Muda, manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

Mengikut fakta kes, pengadu yang sampai di rumahnya kira-kira 6 petang pada 18 Disember 2017 mendapati terdapat kesan umpil pada bahagian pintu dapur.

Pengadu yang membuat pemeriksaan mendapati rumahnya berselerak dan pelbagai barangan berharga seperti wang tunai RM5,000, enam helai seluar dalam, dua coli, satu ‘powerbank’ dan tiga telefon bimbit hilang.

Tags: #3 bulan simpan #coli curi #di basuh #Lelaki dipenjara #yang belum