Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama

85 views


Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama|Seorang lelaki ditangkap selepas dia cuba membakar imam sebuah masjid di barat bandar ini, menurut agensi berita Palestin, Maan, memetik satu sumber keselamatan.

Lelaki berkenaan yang bekerja sebagai pengawal di sebuah bangunan di bandar ini membawa sebotol minyak tanah dan melemparkannya pada imam yang masih berada di dalam masjid itu selepas solat Subuh.

Suspek kemudian cuba menyalakan api dalam usaha membakar imam itu. Kebakaran berlaku tetapi berjaya dipadamkan oleh beberapa jemaah.

Imam itu terselamat manakala masjid itu mengalami kerosakan kecil. Polis yang tiba di tempat kejadian berjaya menahan lelaki berusia 50 tahun itu, menurut laporan berkenaan.

Sumber memberitahu, lelaki itu sebelum ini sudah berulang kali memberi amaran kepada imam berkenaan supaya tidak memanjangkan solat fardu.

“Imam itu tidak mengendahkan amaran supaya memendekkan solat. Ia menyebabkan lelaki itu berang dan mendorong dia bertindak membakar imam terbabit,” kata sumber itu.

Lelaki itu bukan sahaja berdepan tuduhan cuba membunuh, tetapi juga akan didakwa atas tuduhan menyerang tempat ibadah, membakar dan menyebabkan kerosakan. – Agensi/myMetro Online

Tags: #Lelaki Cuba Bakar Imam Kerana Solat Terlalu Lama