Lelaki Bunuh Bakal Abang Ipar Berdepan Hukuman Mati

2239 views

oiolko
Lelaki Bunuh Bakal Abang Ipar Berdepan Hukuman Mati|Tukang rumah dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas tuduhan membunuh kakitangan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan.

Tertuduh, Mohd Hafiz Mohamad, 29, dari Kampung Baloh, Manir, di sini mengangguk faham ketika pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh dibacakan di hadapan Majistret Abdul Hayyi Salim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa membunuh Muhamad Shukri Husin, 34, di tempat letak kenderaan hadapan Pejabat Agama Kompleks Seri Iman, di sini, 11.39 pagi 16 Oktober lalu.
Bagi kesalahan itu, tertuduh berdepan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, tiada sebarang pengakuan direkodkan sebelum Abdul Hayyi menetapkan 4 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.

Tiada sebarang jaminan ditawarkan terhadap tertuduh.

Pendakwaan dijalankan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Asyraf Minhad manakala tertuduh diwakili peguam, Mazlan Md Zain.

Akhbar sebelum ini melaporkan niat seorang lelaki membuka rahsia perkahwinan kekasih adiknya bagi mengelak adiknya dimadukan bertukar tragedi apabila mati ditikam di kawasan tempat letak kenderaan di Kompleks Seri Iman, di sini.

Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian dengan enam kesan tikaman termasuk di leher dan dada kiri dipercayai menggunakan pisau oleh suspek.

Baca lagi:

1.Hasrat Mangsa Tikam Bakal Adik Ipar Tidak Sempat Timang Anak Sulung

2.Saya Cuma Nak Selamatkan Adik Saya-Arwah Shukri Husin

3.Dia Ada Menyebut Soal Mati Dua Hari Lalu-Isteri

4.Kasih Abang Yang Terpendam Dibawa Mati

5.Azlina Berubah Jadi Pendiam

6.Awang Akhirnya Ditahan

7.10 Fakta Baru Disebalik Pembunuhan Bakal Abang Ipar

Tags: #abang ipar #Bakal #Bunuh #Gantung #Hukuman #Lelaki #Mati