leher digigit,tekan tubi 500 kali

2078 views

leher digigit,tekan tubi 500 kali|BUKAN setakat dipukul, malah suspek dipercayai turut menggigit leher Nur Aina Nabihah Muhammad Abdullah, 9, yang mati dipercayai akibat didera, 31 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Port Dickson, Superintendan Zainudin Ahmad berkata, suspek yang juga bapa kandung mangsa membuat pengakuan itu ketika soal-siasat pihaknya.

“Selain itu, dia turut mengaku menyuruh mangsa melakukan tekan tubi sebanyak 500 kali. Perbuatan itu dipercayai dilakukan sejak awal tahun lalu dengan alasan kononnya mangsa seorang kanak-kanak yang degil,” katanya kepada NSTP.

Akhbar sebelum ini melaporkan, Nur Aina Nabihah meninggal dunia 31 Januari lalu, dipercayai akibat didera bapa kandung dan ibu tirinya, sebelum keputusan bedah siasat mendapati dia mengalami kecederaan pada buah pinggang, selain usus terkoyak serta patah tulang rusuk.

Berikutan itu, pasangan itu yang masing-masing berusia 35 dan 34 tahun, ditahan reman tujuh hari sehingga semalam, sebelum tempoh itu dilanjutkan tujuh hari lagi, bagi membolehkan polis melengkapkan siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Sementara itu, Zainudin berkata, kedua-dua suspek dijangka dihadapkan ke Mahkamah Majistret Port Dickson, Selasa ini.

Tags: #leher digigit #tekan tubi 500 kali