Leez Rosli Dan Aepul Bakal Nikah 27 Disember Ini

2933 views

leez rosli dan aepul bakal nikah

Leez Rosli Dan Aepul Bakal Nikah 27 Disember Ini |  Pelakon filem Cerita Hantu Malaysia, Leez Rosli memberitahu yang dia akan bernikah pada hujung minggu ini, bersama tunangnya Aepul Drama Band. Dia yang telah bertunang pada tahun lepas mahu segerakan pernikahan mereka kerana sudah lebih setahun mengikat tali pertunangan.

“Saya sudah bertunang tahun lepas iaitu 11 Disember 2013 dan InsyaAllah akan bernikah pada 27 Disember ini. Saya akan bernikah dahulu dan majlis resepsi akan diadakan pada Februari depan & untuk majlis pernikahan ini, jemputan pun tidak ramai,” katanya sambil tersenyum.

Leez turut menjelaskan bahawa majlis resepsi perlu diadakan pada bulan Februari depan kerana dia dan Aepul mempunyai jadual kerja yang sangat padat pada bulan Januari ini.

“Majlis nikah sebenarnya sudah banyak kali tertangguh patutnya diadakan pada bulan 10 tetapi disebabkan jadual kerja yang padat membuatkan majlis ini tertangguh lagi. Untuk tidak membuang masa, kami menyegerakan dulu perkara yang wajib iaitu nikah terlebih dahulu,” ujarnya.

Leez Rosli Nafi Terasa Hati, Akui Populariti Kini Suam Suam Kuku

“Saya tak pernah terasa hati dengan pihak media, cuma saya sedar di mana diri saya. Saya juga tak menafikan yang saya ini suam-suam kuku, saya sendiri pun suka mengelak dari pihak media dan tak salahkan mereka sekiranya digelarkan suam-suam kuku. Bagi saya, biarlah peminat kenal saya menerusi karya lakonan sahaja,” tambahnya lagi. (rtky/hfz)

leez rosli dan aepul bakal nikah

leez rosli dan aepul bakal nikah

leez rosli dan aepul bakal nikah

leez rosli dan aepul bakal nikah

leez rosli dan aepul bakal nikah

leez rosli dan aepul bakal nikah

Tags: #Aepul Drama Band #gambar aepun denagn leez rosli #gambar artis leez rosli #gambar bakal suami leez rosli #gambar leez rosli dengan bakal suami #gambar leez rosli dengan tunang #gosip leez rosli bakal nikah #gosip leez rosli terkini #isu leez rosli bakal menikah