Lebih 4 Juta iPhone 6 & 6 Plus Ditempah Dalam Tempoh 24 Jam

323 views

iphone1c-970Walaupun iphone 6 dan iphone 6 plus yang dilancarkan minggu lepas dikritik dari segi spesifikasi dan rekaan, namun ia seolah-olah tidak memberi sebarang kesan kepada model itu.

Ini kerana, mereka telah menerima lebih dari 4 juta tempahan dalam tempoh 24 jam pada Jumaat lalu.

Dengan rekod tersebut, ia sekaligus merupakan rekod tertinggi antara kesemua iPhone terdahulu dan telah melebihi had stok tersedia yang dipunyai Apple.

Bagi sesetengah pembeli yang telah membuat tempahan untuknya akan menerima telefon tersebut bermula Jumaat ini namun sesetengah pembeli juga berkemungkinan akan menerima telefon tersebut pada bulan Oktober, berikutan kekurangan stok tersedia.

Sekiranya masalah kekurangan stok ini berterusan, berkemungkinan penjualan untuk Malaysia akan dilewatkan.

Sehingga kini masih tiada tarikh rasmi berkenaan penjualannya di pasaran tempatan namun apa yang pasti ia akan dijual menjelang akhir tahun ini.

Sumber: APPLE

Tags: #Dalam #Ditempah #iPhone #Juta #Lebih #Plus #Tempoh

loading...