Kumpulan Cerita Kejadian Aneh Dan Perilaku Pelik Sebelum Ajal

1581 views

kelkuan pelik

Kumpulan Cerita Kejadian Aneh Dan Perilaku Pelik Sebelum Ajal|Sepertimana yang orang tahu,ajal maut,jodoh rezeki semuanya ditangan tuhan,tidak ada seorang manusia pun yang mampu mempercepat atau memperlambat apabila janji itu sudah sampai.

Namun ada beberapa perilaku pelik sahabat,dan juga ahli keluarga yang tidak biasanya berlaku sebelum meninggal,tentu anda pernah mengalaminya baik berupa mimpi atau pun berlaku di depan mata sendiri,bila seseorang tu dah meninggal baru kita sedar akan pertanda tersebut,betul tak?

kisah di bawah ini adalah bercerita tentang perilaku ,perbuatan pelik sebelum meninggal ,di kongsikan sebagai iktibar bahwa sesungguhnya ajal itu sangat dekat dengan kita.dikutip dari  komen komen forum sembang

Beria sangat nak tengok filem ultramen

Adik aku nie meninggal masa umurnya 8 tahun dari lahir memang selalu sakit sakit,sehari sebelum dia meninggal dia beria sangat nak tengok cite ultramen,padahal masa tu dia tengah sakit demam yang sangat panas,karna kasihan aku pun angkat la tv tu dalam bilik dia baring.

Bersungguh sangat aku layan dia,tapi ibu aku dah lain macam,mungkin ibu aku dah tahu apa yang akan berlaku,malamnya adik aku meninggal sekitar jam 10 malam.

Susah nampak muka kawan

ini kawan satu sekolah dan satu kampung. Lepas je spm memang kitorang tak jumpa sangat. Masing-masing belajar tempat lain. Cuma bila aku balik rumah cuti semester ade nampak dia itupun masa baru keluar dari masjid lepas solat jumaat. Peliknya aku tak dapat tengok muka dia, bukan la dia alihkan muka
dia tapi aku hanya dapat pandang dari belakang je.

Setiap kali terserempak pun dari jauh je itupun nampak belakang je. Kurus aku tengok dia time tu dan aku tak syak apa-apa sangat. Sampailah aku tau dia meninggal kat hospital sebab ada jangkitan kuman kat paru-paru. Masa pengebumian pun aku tak dapat datang. Sedih betul sampai sekarang nyesal tak dapat tatap muka member aku ni wat kali terakhir.

Ingat hutang setelah 40 tahun

aku percaya sebab arwah abah aku pun macam tu..beberapa hari sebelum abah pergi, abah aku siap bagitau kiteorang cari org yg bernama xxxx..abah aku cakap masa umo dia 18tahun dia ade berhutang dgn org tu rm20.tapi xbayar2.kiteorang ingat abah mengarut je.

mana mungkin die bole ingat kesah 40tahun dulu.dah la hutang cuma rm20..n lepas arwah abah meninggal.pakcik aku pergi cari betol org tu.and xsangka org tu betol2 wujud.pakcik aku bagitaw nama abah aku, die xingat..tapi die kenal atuk dan nenek aku..pastu pakcik aku cakap mebi abah aku ade hutang dgn die..org tu halal kn..

perangai pelik kawan.

Aku tak rapat sangat dengan dia ni. Kawan aku ni orang kampung aku jugak. Pada petang sebelum kematian, ramai nampak kawan aku ni jalan kaki dan bertongkat. Kitorang pelik sebenarnya selama ni tak pernah-pernah dia keluar pakai tongkat. Ada jugak kawan-kawan aku yang tanya dia, dia bagitau kaki sakit. Sebenarnya bukan pasal tongkat je buat kitorang pelik, masa tu dia jalan kaki sambil bertongkat, berkain pelikat, bersongkok dan yang sangat pelik dia sapu bedak kat muka. Petang tu kawan aku ni lemas di lombong

Nampak orang ramai datang rumah bacakan yazin

Abah beritahu..dia ternampak ramai orang datang ke rumah..baca yasin dan al-quran beramai-ramai untuk sekujur jenazah. Saya mula tau perkara ini bila kakak beritahu kepada saya. Saya memang tak percaya. Tapi semasa ustaz Darussyifa datang merawat abah kat rumah..abah beritahu perkara ini kepada ustaz. Katanya selama tinggal lebih 20 tahun di sini tak pernah mengalami perkara-perkara ini.

Abah pasti dan jelas dengan apa yang dia nampak. Perkiraan saya mungkin Allah menampakkan / menunjukkan bayangan jenazah abah sendiri yang akan pergi….Wallahuallam..

Pada malam terakhir dirumah iaitu malam selasa 22 Julai 2014, setelah abah beritahu pada kami adik beradik yang dia dah nampak ajalnya semakin tiba kami semua minta ampun dan maaf..

” Abah dah nampak yang abah akan pergi”

Nampak lelaki berjubah putih dn wanita bertelekung

sblm arwah atuk meninggal dlm beberapa minggu cenggitu, dia ada tanya pada anak2 yg jaga dia, siapa 2 org yg tercegat berdiri kat pintu tgh rumah perati je kat dia…sepasang…yg lelaki berpakaian berjubah serba putih dan wanitanya plak, bertelekung putih gak mcm org nak solat tu…bila anak2 paling takde sape2 pun…
Bersungguh baiki tandas dan bilik mandi sebeum ajal

Ayah telah membaiki tandas luar rumah, ganti bumbung..bersihkan tandas tu, seolah olah mcm time raya dimana adik beradik berkumpul..dn tandas dlm rumah tk cukup..kena pakai tandas luar..dengan kaki dia yg sakit, ayah berusaha sungguh2 utk baiki tandas tu..

Ternyata apa yg berlaku adalah seperti yg sepatutnya, pada hari ayah dikebumikan, adik beradik sanak saudara terlalu ramai..jadi dgn dua tandas tu..memudahkan semua tetamu utk ke bilik air bila perlu..

 

Tags: #Kumpulan Cerita Kejadian Aneh Dan Perilaku Pelik Sebelum Ajal #Kumpulan Cerita Kejadian Aneh Dan Prilaku Pelik Sebelum Ajal