Kronologi Fenomena Lofattah Bakal Bersatu

833 views

Kronologi Fenomena Lofattah Bakal Bersatu|SEJAK drama Suri Hati Mr Pilot ditayangkan pada 10 Oktober sudah terdengar gosip hubungan cinta antara dua hero dan heroinnya.

Kronologi Fenomena Lofattah

Oktober 2016:

· Sejak drama Suri Hati Mr Pilot ditayangkan pada 10 Oktober sudah terdengar gosip hubungan cinta antara hero dan heroinnya.

· Neelofa dan Fattah Amin kerap dilihat bersama malah mempamerkan aksi-aksi mesra di khalayak.

· Fasha Sandha juga memberi ‘hint’ dua rakannya ini sedang bercinta. Peminat juga semakin obses dengan hero dan heroin drama ini malah berharap keduanya disatukan.

November 2016:

· Drama ini menjadi trending mendapat rating hampir 5 juta penonton setiap episod.

· Drama 16 episod ini berakhir pada 3 November 2016 namun keterujaan peminat pada pasangan ini berterusan.

Disember 2016:

· Walau pun masih berteka-teki tentang status hubungan cinta, tapi Fattah mengakui sudah bertemu keluarga Neelofa meminta restu untuk berkawan rapat.

· Gambar pasangan ini yang kelihatan intim terus dikongsi oleh peminat namun tiada pengakuan atau penafian dibuat mengenai soal hati.

· Sedang peminat terbuai dengan kisah cinta keduanya, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan cerita Fattah menjalinkan hubungan cinta dengan pelakon wanita lain.

· Hubungan mereka berantakan, Neelofa minta hentikan gosip cinta. Dia mengakui kecewa dengan apa yang berlaku. Kisah cinta mereka berkubur dan mengecewakan peminat yang amat berharap mereka berjodoh di alam realiti.

Januari 2017:

· Fenomena Lofattah kembali bila keduanya tampil dalam video promosi untuk majalah Nona keluaran Februari 2017 dengan aksi yang cukup sweet menimbulkan tanda tanya.

· Apa status terbaru hubungan mereka?

· Ya, mereka akan kembali bersama, bersatu untuk sesi Meet & Greet Neelofa dan Fattah Amin Bersama majalah Nona Isnin, 23 Januari di Kompleks Media Karangkraf, Shah Alam, Selangor.

Artikel dipetik daripada http://www.vanillakismis.my/

Tags: #Kronologi Fenomena Lofattah Bakal Bersatu

loading...