Kronologi Budak 3 Tahun Didera & Diserang Secara Seksual Hingga Maut

2279 views

Kronologi Budak 3 Tahun Didera & Diserang Secara Seksual Hingga Maut|Rania Ixuna, 3, meninggal dunia secara tragik dan penuh sengsara akibat didera. Seluruh badannya lebam akibat dihentak objek keras selain kesan koyakan pada kemaluan sehingga menyebabkan kematiannya. Dia menemui ajal pada hari penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak – Hentikan!! yang bersidang bagi mencari jalan penyelesaian terhadap masalah jenayah seksual terhadap kanakkanak, lapor Hafidzul Hilmi Mohd Noor dan Norizuan Shamsudin.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesengsaraan dan kesakitan dialami Rania Ixuna, 3, apabila seluruh badannya lebam dipercayai dihentak dengan objek keras dan kemaluannya juga koyak.

Tiada kata-kata yang dapat menggambarkan kesengsaraan dan kesakitan dialami Rania Ixuna, 3, apabila seluruh badannya lebam dipercayai dihentak dengan objek keras dan kemaluannya juga koyak.

Kanak-kanak comel, aktif dan bijak itu menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) jam 5.40 petang kelmarin, kira-kira empat jam selepas dihantar ibunya dalam keadaan lemah.

Sangat menyedihkan apabila kematian kanak-kanak terbabit berlaku pada hari penutup Seminar Jenayah Seksual Kanak-kanak – Hentikan!! yang bersidang selama dua hari bagi mencari jalan penyelesaian untuk mengatasi masalah jenayah seksual dalam kalangan kanak-kanak.

Kronologi:

Rania dihantar ibunya berusia 22 tahun yang bekerja di sebuah pasar raya ke rumah pengasuh di Apartmen Impian Baiduri, Seksyen 15A, di sini, jam 1 petang kelmarin.

Bagaimanapun, pengasuh menghubungi ibu mangsa dan memaklumkan kanak-kanak itu muntah dan lemah sejam kemudian.
Dalam dua jam, si ibu mengambil anaknya yang sudah tidak sedarkan diri dan terus ke PPUM untuk rawatan. Namun, Rania meninggal sejam kemudian.

Ibu saudara kanak-kanak berkenaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nazira, 30, ketika ditemui di Unit Forensik PPUM semalam melahirkan rasa sedih dan terkejut dengan kejadian itu.

“Kali terakhir saya bertemu Rania bulan lalu dan adik ipar meminta saya menjaganya selama sehari,” katanya.

Pada waktu itu, menurutnya, tiada tanda kesan penderaan atau lebam, malah Rania seperti biasa saja, aktif dan nakal seperti kanak-kanak seumurnya.
Pada waktu itu, menurutnya, tiada tanda kesan penderaan atau lebam, malah Rania seperti biasa saja, aktif dan nakal seperti kanak-kanak seusianya.

“Semalam, apabila berjumpa adik ipar saya di hospital, dia beritahu ada terlihat kesan lebam pada badan anaknya hujung minggu lalu, tetapi dia tidak mengesyaki apa-apa.

“Dia kata mungkin disebabkan Rania terjatuh ketika bermain kerana dia sangat aktif,” katanya.
Nazira berkata, kali terakhir Rania dibawa pulang ke kampung mereka di Bachok, Kelantan, untuk berjumpa datuk dan nenek, April tahun lalu.

“Adik lelaki saya memaklumkan kepada keluarga bahawa dia dan ibu Rania berkahwin tiga tahun lalu di kampung halaman wanita itu. Bagaimanapun, adik saya tidak banyak bercerita mengenai rumah tangganya kerana dia pendiam,” katanya.

Sebagai ibu saudara, Nazira sukar menerima kenyataan yang menimpa anak saudaranya, apa lagi apabila diberitahu ada kesan koyak pada kemaluan.

“Kami serahkan kepada polis untuk siasatan lanjut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Mohd Zani Che Din ketika dihubungi mengesahkan kejadian terbabit.

Hasil siasatan awal polis mendapati kanak-kanak berkenaan mengalami kecederaan parah di perut akibat hentaman objek tumpul dan ada kesan koyak pada kemaluan.

Susulan kejadian, polis menahan empat individu berusia 20-an terdiri daripada si ibu, teman lelakinya dan pasangan suami isteri pengasuh.
Tiga daripada mereka direman tujuh hari untuk siasatan lanjut kecuali pengasuh yang direman tiga hari.

“Siasatan lanjut dilakukan bagi mengenal-pasti individu yang terbabit mendera mangsa. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan,” katanya.

Tags: #Kronologi Budak 3 Tahun Didera & Diserang Secara Seksual #Kronologi Budak 3 Tahun Didera & Diserang Secara Seksual Hingga Maut #Rania Ixuna