Koleksi Gambar Penampakan Hantu Paling Seram Di malaysia

23893 views

pocong

Koleksi Gambar Penampakan Hantu Paling Seram Di malaysia  | Hantu merupakan satu istilah turun-temurun yang diberikan kepada iblis dan syaitan yang menyerupai satu objek yang menyeramkan untuk menakutkan dan menghasut manusia.

Seperti kata Datuk Dr Fadzilah Kamsah, hantu tidak wujud kerana apa yang wujud hanyalah jin dan syaitan seperti yang tertulis di dalam Al-Quran. Apapun berikut adalah koleksi 12 hantu yang tidak dicari tetapi kelihatan secara tidak sengaja di dalam gambar yang diambil.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

HANTU CINA TOL PLASA

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahu 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tentang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya.

2. Hantu Kereta Remuk

HANTU KERETA REMUK
Gambar ini khabarnya diambil secara tidak sengaja oleh rakan pemandu kereta kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tia kemalangan yang singgah untuk melihat keretanya. Pemandu telah dihantar ke hospital dan tiada orang di dalam kereta, tetapi ketika rakan tadi melihat gambar, terlihat jelmaan perempuan bertudung dalam kereta tersebut. Kejadian ini dikatakan berlaku di Lebuhraya AMJ Melaka.

3. Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap

BATU NISAN MENJENGUK DI TINGKAP

perhatikan di tepi tingkap terlihat jelmaan batu nisan di tingkap. Gambar ini dikatakan diambil di tempat terkenal, Highland Towers.

4. Tiga Lembaga Di Lokasi Kawasan Kemalangan

tiga lembaga di lokasi kemalangan

Gambar ini menjadi terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej 3 makhluk dalam gambar yang dirakam oleh pekerja trak tunda di kawasan kemalangan yang melibatkan sebuah kereta BMW di Jalan Kuantan-Gambang pada 17 Jun tahun lepas. Bagaimanapun keempat-empat mangsa kemalangan hanya cedera ringan walaupun kereta itu remuk dan melekat pada sebatang pokok.

5. Jelmaan Di Balai Polis Tinggal

jelmaan balai polis tinggal
Gambar ini dirakamkan di sebuah balai polis tinggal di sekitar lebuhraya Karak oleh kumpulan penyiasat paranormal tempatan. Tidak ada maklumat lanjut berkenaan gambar ini.

6.Lembaga Putih Memegang Batu Nisan

lembaga putih memegang batu nisan
Imej ini sememangnya terkenal sejak zaman awal Internet Malaysia sekitar tahun 1997. Dikatakan diambil oelh seorang pelajar UiTM Lendu, Melaka, menggunakan kamera berfilem. Lembaga ini muncul di bahagian tepi, sebenarnya pelajar ini bersama kawan-kawannya ingin mengambil gambar rakan yang berdiri di tepi bahu jalan, pada waktu lewat petang selepas pulang dari bersiar-siar di bandar Melaka.

7. Pocong Di Kawasan Kilang

penampakan pocong di kilang
Gambar ini dikatakan diambil di kawasan tempat letak kereta di sebuah kilang oleh pengawal keselamatan sekitar lewat malam. Dia pada mulanya mendengar bunyi dentuman, lantas pergi ke kawasan tersebut, dan sempat merakamkan apa yang dilihatnya menggunakan kamera telefon bimbit.

8. Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada

 

image ketiga sepatunya tiadaGambar ini juga terkenal kerana disiarkan di akhbar Kosmo. Terdapat imej ketiga di bahagian kanan gambar yang sepatutnya tidak wujud.

9. Wanita Kebaya Merah

wanita berkebaya merah
Cerita berkenaan wanita kebaya merah ini memang popular di kawasan utara dan dikatakan telah menyebabkan berlaku beberapa buah kemalangan. Gambar ini juga disiarkan di akhbar Kosmo. Jelmaan itu muncul dalam gambar yang diambil oleh seorang lelaki untuk memotret isterinya di sebuah stesen minyak di bahagian Utara Semenanjung.

10. Penampakan Hantu Berambut Panjang

hantu berambut panjang

hantu berambut panjang

Gambar hantu ini di kirimkan melalui Facebook tidak lama dulu. Lokasi di ICity, shah Alam. Tiada pula info disertakan bersama gambar ini. Tak dapat dipastikan adakan amoi sama sibuk nak posing ke atau pun benar-benar penampakan hantu.

11. Penampakan Kepala di Tingkap

klik-aje-hantu12
Penampakan kepala di luar melalui cermin tingkap. Situasi ini berlaku di restoran KFC. Kepala tersebut boleh dilihat jelas apabila gambar di zoom ke arah tingkap restoran itu.

12. Jelmaan Wanita India Dalam Cermin

klik-aje-hantu13

Gambar ini dikatakan diambil di sebuah bilik oleh seorang penyewa secara tidak sengaja dalam sebuah resort di Pahang, dan disiarkan di akhbar tempatan. Mengikut khabar, terdapat seorang wanita India yang pernah mati dibunuh di bilik yang sama sekitar 90’an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.
sekitar 90’an. Betul atau tidak, Wallahu’alam.

Ada sesetengah cerita kita pernah dengar, ada juga yang tidak pernah lagi. Adakah cerita itu benar kesahihannya? Wallahu’alam.(paapada)

Tags: #Batu Nisan Menjeguk Di Tingkap #cerita hantu benar #cerita hantu jemaan wanita india #cerita hantu ngeri #cerita hantu paling menakutkan #cerita hantu paling seram #cerita hantu pocong #cerita hantu pontianak #cerita hantu rambut panjang #cerita hantu tanpa kepala #cerita hantu terkini #cerita pengalaman berjumpa hantu #cerita pengalaman menakutkan #cerita pengalaman ngeri #cerita pengalaman seram #gambar hantu #gambar hantu nyata #gambar hantu paling seram di malaysia #gambar hantu tertangkap kamera #gambar penampakan hantu #gambar penampakan pocong #gambar penampakan pontianak #gambar penampakan wanita berkebaya merah #Hantu Budak Cina Tol Plaza #Hantu Kereta Remuk #Imej Ketiga Yang Sepatutnya Tiada #Jelmaan Di Balai Polis Tinggal #Jelmaan Wanita India Dalam Cermin #kisah pengalaman bertemu hantu #kumpulan cerita hantu #kumpulan cerita ngeri #kumpulan gambar hantu ngeri #kumpulan gambar hantu seram #Lembaga Putih Memegang Batu Nisan #Penampakan Hantu Berambut Panjang #penampakan hantu palingnyata #Penampakan Kepala di Tingkap #Pocong Di Kawasan Kilang #Wanita Kebaya Merah