Kisah Teladan : Sebuku Roti Penebus Dosa

1047 views
Foto : by tasick

Foto : by tasick

Kisah Teladan : Sebuku Roti Penebus Dosa |  Abu Burdah bin Musa Al-Asy’ari meriwayatkan, bahawa ketika menjelang wafatnya Abu Musa pernah berkata kepada puteranya: “Wahai anakku, ingatlah kamu akan cerita tentang seseorang yang mempunyai sebuku roti.”

Dahulu, seorang lelaki sangat tekun beribadah kepada Allah. Ibadah yang dilakukan lebih kurang 70 tahun. Tempat ibadahnya tidak pernah ditinggalkan kecuali hari yang telah dia tentukan.

Suatu hari, dia telah digoda oleh seorang wanita. Dia akhirnya bergelumang dengan dosa selama 7 hari sebagaimana perkara yang dilakukan oleh suami isteri.

Apabila dia sedar, dia kembali bertaubat. Sedang tempat ibadahnya ditinggalkan, kemudian dia melangkah kaki pergi mengembara sambil disertai dengan solat dan bersujud.

Pengembaraannya itu berakhir di sebuah pondok. Di dalam pondok tersebut terdapat 12 orang fakir miskin. Sedang niatnya hanya untuk menumpang bermalam, kerana sudah keletihan sehingga dia tertidur bersama lelaki fakir miskin tersebut.

Rupanya ada seorang pendita yang pada setiap malamnya mengirim beberapa buku roti kepada fakir miskin dengan masing-masing mendapat sebuku roti.

Pada waktu lain datang pula orang lain membagi-bagikan roti kepada fakir miskin tersebut begitu juga lelaki yang sedang bertaubat kepada Allah, dia juga mendaat bahagian kerana disangka fakir miskin.

Rupanya terdapat salah seorang fakir miskin tidak mendapat bahagian dari orang yang membahagikan roti tersebut. Sehingga kepada orang yang membahagikan roti itu ia berkata: “Mengapa kamu tidak memberikan roti itu kepadaku.”

Orang yang membagikan roti itu menjawab: “Kamu dapat melihat sendiri, roti yang aku bagikan semuanya telah habis, dan aku tidak membagikan kepada mereka lebih dari satu buku roti.”

Mendengar ungkapan dari orang yang membagikan roti tersebut, lelaki yang sedang bertaubat itu lalu mengambil roti yang telah diberikan kepadanya dan memberikannya kepada orang yang tidak mendapat bahagian tadi. Keesokan harinya, orang yang bertaubat itu meninggal dunia.

Di hadapan Allah, maka ditimbanglah amal ibadah yang pernah dilakukan oleh orang yang bertaubat itu selama lebih kurang tujuh puluh tahun dengan dosa yang dilakukannya selama tujuh malam. Ternyata hasil dari timbangan tersebut, amal ibadat yang dilakukan selama tujuh puluh tahun itu dikalahkan oleh kemaksiatan yang dilakukannya selama tujuh malam. Akan tetapi ketika dosa yang dilakukannya selama tujuh malam itu ditimbang dengan sebuku roti yang pernah diberikannya kepada fakir miskin yang sangat memerlukannya, ternyata amal sebuku roti tersebut dapat mengalahkan perbuatan dosanya selama tujuh malam itu.

Kepada anaknya Abu Musa berkata: “Wahai anakku, ingatlah olehmu akan orang yang memiliki sebuku roti itu!”

Sumber : sensasisabahan.blogspot.com

Tags: #kisah nabi #kisah para nabi #kisah sebuku roti penebus dosa #kisah teladan