Kisah Teladan : Rahsia Kusyuk Dalam Solat

755 views
Foto - by BungaPutih deviantart

Foto – by BungaPutih deviantart

Kisah Teladan : Rahsia Kusyuk Dalam Solat | Isma bin Yusuf, seorang ahli ibadah yang sangat warak. Beliau juga seorang yang kusyuk di dalam solatnya. Namun selalu berasa khuatir jika ibadahnya kurang khusyuk dan sering bertanya kepada orang yang dianggap ibadah mereka lebih.

Suatu hari, beliau telah menghadiri satu majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam.

Belia kemudian bertanya : “Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?”

Hatim lalu berkata : “Apabila masuk waktu solat aku berwuduk’ zahir dan batin.”

Isam bertanya, “Bagaimana wuduk’ zahir dan batin itu?”

Hatim berkata, “Wuduk’ zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wuduk’ dengan air. Sementara wuduk’ batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-

  1. bertaubat
  1. menyesali dosa yang dilakukan
  1. tidak tergila-gilakan dunia
  1. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya’)
  1. tinggalkan sifat berbangga
  1. tinggalkan sifat khianat dan menipu
  1. meninggalkan sifat dengki

Seterusnya Hatim berkata, “Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian ‘Sirratul Mustaqim’ dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat ku faham maknanya, kemudian aku ruku’ dan sujud dengan tawaduk, aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun.”

Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

sumber-http://harmoni-my.org/

Tags: #kisah para nabi #kisah teladan #kisah-kisah nabi #rahsia kusyuk dalam solat #rahsia kusyuk sembahyang #Solat