KISAH SEDIH DISEBALIK ARJUNA BETA DALAM LAGU FYNN JAMAL

3018 views

Dalam pertandingan semi final rancangan Musik-Musik 29 yang di adakan baru baru ini  pasti  penonton mengingati persembahan penuh tangisan oleh Fynn Jamal hingga sesiapa sahaja yang mendengar seolah-olah turut sama merasai kesedihan kisah disebalik lagu Arjuna Beta nyanyian Fynn Jamal ini.

Meskipun ada sesetengah yang tidak memahami mengapa penyanyi ini boleh menangis sebegitu sekali ketika mendendangkan lagu tersebut tetapi entah bagaimana ramai yang mengaku turut sama mengalirkan air mata tatkala mendengar nyanyian penuh penghayatan seolah-olah menyelami hati penyanyi wanita ini.

Sebenarnya lagu bertajuk Arjuna Beta ini mengisahkan kasih sayang dan pesanan seorang ibu kepada anaknya. Lebih mengejutkan lirik yang dicipta oleh penyanyi ini sendiri sebenarnya berkisar perihal untuk anaknya bernama Arjuna yang dikatakan sedang sakit suatu ketika dahulu menghidap penyakit jantung seawal usia 1 bulan.

Jika pernah anda ingat, sebenarnya kisah anak Fynn Jamal ini pernah menjadi viral kerana Fynn memohon dana RM35 000 bagi menyelamatkan nyawa kecil anaknya yang bakal melakukan pembedahan jantung berlubang.

Tags: #arjuna beta fynn jamal #arjuna beta sebenar #cerita disebalik arjuna beta #cerita disebalik lagu arjuna beta #disebalik lagu arjuna beta #fynn jamal arjuna beta #kisah disebalik arjuna beta #kisah sedih arjuna beta