Kisah Sayu Menyayat Hati Pasangan Muda Tempuh Hujan Demi Nyawa Anak Kecil

kisah sayau menyayat hati

Kisah Sayu Menyayat Hati Pasangan Muda Tempuh Hujan Demi Nyawa Anak Kecil | Pagi tadi, 9 pagi, aku drive dari kota nak pergi library UTM, ada group assignment. Dah lambat sebab start pukul 8 pagi. Cuaca tak berapa baik, hujan lebat. Tiba-tiba ada sebuah motosikal memotong, di celah kaki pembonceng perempuan, ada kaki kecil tak pakai kasut.
Kesian pulak rasanya. Aku tengok jam, memang aku dah lambat. Tak tolong, kesian. Tapi bila aku kejar, motosikal ni laju pula. Yelah, hujan lebat oi. Budak kecik itu, mak dia kepit dan tutup pakai tangan. Tapi, aku berjaya menahan motosikal ini dan suruh mak dan budak kecil tu naik kereta buruk aku.
Oh kesian, anak dia usia 1 tahun 5 bulan demam panas. Diorang duduk Tiram, bawa anak ke Hospital Kota Tinggi. Tetapi doktor suruh rujuk ke HSI. Mak dia kata, ada tiga lagi kat rumah pun demam panas. Kahak banyak kata doktor, kena tahan di wad nanti sebab ada jangkitan dalam paru-paru. So bawa bergilir-gilir ikut turn, kata wanita tu.

Umur mak dia ni dalam 23/24 tahun, suami pula asyik kena tipu dengan majikan. Gaji kadang-kadang tak masuk.
“Kami cari besi buruk jela kak,” katanya
Umur aku 23, mak bapak aku dah bagi Honda Civic sebagai hadiah hari jadi. Gaji pun syukur alhamdulilah. Aku cakap, biasa aku bawa anak aku pergi klinik qualitas di Tiram, alhamdulilah baik tapi mahal sikit.
“Kak, Swasta kami tak mampu. Nak dapat RM10 sehari pun belum tentu,” katanya.
“Nak minta tolong saudara mara, diorang pun orang susah kak,” ujarnya lagi.
Sampai di area Tiram, mak dia suruh aku berhenti di BHP je. Nak balik rumah dulu, dia nak tukar baju sebab dah basah kuyup. Baju dia dan si kecil pun koyak-koyak.
Sebelum keluar kereta, wanita itu tidak berhenti-henti berterima kasih. Suami dia pun sama tak berhenti-henti ucap terima kasih. Aku sempat hulur duit yang ada dalam purse aku. Jarang-jarang aku bawa note banyak dalam purse. Note itu aku nak beli charm, duit dari Syirwani sebagai tanda anniversary kami. Alah, duit boleh cari, REZEKI tu ALLAH bagi.
Aku nampak mak dia menangis. Tuhan saja yang balas jasa, kata mak dia pada aku. Tapo aku balas balik, MOGA ALLAH sentiasa Lindungi kalian sekeluarga. Sebak betul tengok. Ada lagi yang susah kalau kita rasa susah.

Tags: #anak kecil #dalam hujan #demi anak #kisah benar #kisah sayu.demi anak #kisah sedih seorang ibu #pasangan muda #pengorbanan ibu bapa #tempuh hujan

loading...