Kisah Sayu, Isteri Bunuh Suami Berdepan Hukum Mati

1626 views

Kisah Sayu, Isteri Bunuh Suami Berdepan Hukum Mati|Tidak puas hati suami masih hidup selepas di tikam 3 kali di bagian perut di rumah mereka,seorang isteri menikam kembali suaminya yang dirawat di hospital hingga meninggal dunia.

Kejadian pembunuhan kejam ini berlaku dipalembang pada (7/3/2018) di katakan berpunca daripada isteri yang memiliki dendam selama 2o tahun ditambah pula suami yang kerap selingkuh dengan wanita lain.

Menurut saksi sebelum penikaman berlaku, pasangan yang memiliki 4 anak itu sempat cekcok mulut dirumah mereka.

Katanya lagi mangsa Isnadi (39) sempat memukul isterinya Suciaty (37)beberapa kali,sebelum suspek meluapkan geram dengan menikam perut suaminya menggunakan pisau dapur.

Mangsa kemudian dilarikan oleh adik iparnya kehospital untuk mendapat rawatan.

Mendengar kabar bahwa suaminya masih hidup,suspek kemudian mendatangi hospital dimana suami dirawat dan kembali menikam mangsa sebanyak 3 kaliĀ  dengan pisau sama di bagian perut hingga meninggal dunia.

Kekecohan dibilik hospital itu disedari oleh jururawat dan mengadukannya kepada petugas keamanan hospital itu.

Suspek kemudian di tahan dan diserahkan kepada pihak polis untuk di tindak lanjuti.

Menurut keterangan suspek hari ini yang mengadakan sidang media mengaku, kembali menikam suaminya kerana takut suaminya itu akan balas dendam terhadapnya kelak.

Katanya lagi,pertelingkahan dengan suami sudah berlaku sejak sekian lama,bahkan katanya dia kerap kali menjemput suami di rumah kekasih gelapnya kerana tidak pulang kerumah.

Ditambah pula suspek yang kerap diperlakukan kasar sejak pernikahan mereka membuat suspek gelap mata membunuh suaminya itu.

Suspek yang kini dalam tahanan tidak sedikit pun menunjukkan rasa bersalah dan takut meski di jerat dengan pasal 340 KUHP tentang Pembunuhan Berencana yang mengakibatkan hukuman mati.

Tags: #Bunuh #Isteri #suami