KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD

1279 views

kisah hajar aswad

KISAH ASAL USUL HAJAR ASWAD | Semasa Nabi Ibrahim a.s dan anaknya membina Kaabah, banyak berlaku kekurangan. Kaabah tersebut tidak berbumbung dan tidak mempunyai pintu masuk.

Nabi Ibrahim a.s bersama anaknya, Nabi Ismail bertungkus lumus untuk mebinanya. Mereka mengangkut batu dari pelbagai gunung.

Dalam sebuah kisah, apabila Kaabah tersebut telah selesai pembinaannya, Nabi Ibrahim masih merasakan kekurangan sebuah batu lagi untuk diletakkan di Kaabah.

Nabi Ibrahim lalu berkata kepada Nabi Ismail, “Pergilah engkau mencari sebuah batu yang akan aku letakkan sebagai penanda bagi manusia.”

Kemudian Nabi Ismail a.s pun kemudian segera mencari batu di sebuah bukit. Ketika sedang mencari, tiba- tiba datang malaikat Jibril a.s memberikan sebuah batu yang cantik. Nabi Ismail dengan segera membawa batu itu kepada Nabi Ibrahim a.s. Nabi Ibrahim a.s. berasa sungguh gembira melihat batu yang begitu cantik itu.

Nabi Ibrahim a.s kemudian menciumnya beberapa kali lalu bertanya, “Dari mana kamu dapat batu ini?”

Nabi Ismail pun berkata, “Batu ini kuterima daripada yang tidak memberatkan cucuku dan cucumu (Jibril).”

Nabi Ibrahim kemudian mencium lagi batu itu dan diikuti oleh Nabi Ismail a.s.

Sehinggalah kini batu tersebut dinamakan sebagai Hajar Aswad dicium oleh orang-orang yang datang ke Baitullah. Malah sesiapa yang bertawaf di Kaabah juga disunnahkan untuk mencium hajar Aswad.

Ada riwayat menyatakan dulunya batu Hajar Aswad itu berwarna putih bersih, tetapi akibat dicium oleh setiap orang yang datang menziarahi Kaabah, ia menjadi hitam seperti sekarang ini.wallaualam.

sumber- http://harmoni-my.org

Tags: #hajar aswad #kisah hajar aswad #kisah nabi ibrahim #kisah para nabi