Khlawat: Putri Mardiana Akan Ditangkap

956 views

putri mardiana

Khlawat: Putri Mardiana Akan Ditangkap|Mah­kamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengeluarkan satu lagi waran tangkap oleh polis terhadap pelakon, Putri Mardiana dan teman lelakinya, Shahrizam Abdullah yang masih berdegil untuk menghadiri sebutan kes khalwat mereka.

Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan tersebut selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih gagal menerima sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap sebelum ini.

“Mahkamah bersetuju menge­luarkan waran tangkap kepada polis selepas kedua-dua tertuduh gagal dikesan serta tidak hadir pada prosiding hari ini (semalam),” jelas Shaiful Azli semasa membuat keputusan.

Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

Ketika sebutan pertama yang dibacakan pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah beralamat di C-05-08, Jalan UP 1/1D, Ukay Perdana Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi 14 Disember 2014.

Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Tags: #artis khalwat #Khalwat #putri mardiana #waran tangkap