Khasiat Terung Yang Perlu Anda Tahu

1046 views

terung

Khasiat Terung Yang Perlu Anda Tahu | Tahukah anda terung mempunyai banyak manfaat untuk kesihatan tubuh kita. Terung merupakan sayuran yang mempunyai nutrisi yang luar biasa. Ia berwarna ungu. Terung juga mengandungi kalsium, serat, vitamin K, mineral dan bioflavonoid.

Berikut adalah beberapa khasiat terung:

Kaya Zat Besi

Terung kaya dengan zat besi. Jika ingin lebih sihat dan kuat, makanlah terung. Tak kisahlah sama ada digoreng, dilayur, disayur ataupun dibuat ulam mentah. Zat besi yang terkandung dalam terung dipercayai sangat baik untuk kesihatan tulang serta membantu mencegah anemia atau kurang darah.

Mengatasi Diabetes

Terung adalah sayur yang berserat tinggi, rendah lemak dan juga rendah karbohidrat. Jadi, tidak hairanlah terung boleh mengatasi dan mencegah diabetes.

Tulang Yang Lebih Sihat Dan Kuat

Kandungan kalsium dalam terung dapat memperkuat dan mempertahankan kekuatan sendi dan tulang.

Rendah Kalori

Terung dipercayai mengandungi kalori yang sangat rendah dan bebas daripada lemak. Jika anda ingin mendapatkan hasil yang baik ketika menjalankan program diet, usahakan untuk makan terung kerana ia akan membuatkan anda berasa kenyang sepanjang hari.

Serat

Terung juga tinggi dengan serat dan baik untuk membantu sistem penghadaman. Pengambilan terung secara rutin dikatakan mampu mencegah risiko kanser usus

Menjaga Kesihatan Hati Dan Jantung

Terung mengandungi bioflavonoid yang cukup tinggi. Sehingga, ia sangat baik untuk menjaga kesihatan hati, mengawal tekanan darah tinggi dan meredakan stress. Di samping itu, terung dapat membantu menurunkan kadar kolesterol jahat yang berisiko membahayakan organ jantung.

Makanan Otak

Kandungan nutrisi phyto pada terung merupakan salah satu nutrisi yang sangat diperlukan oleh organ otak. Jadi, bagi anda yang bingung untuk memilih jenis makanan yang mampu menutrisi otak, sayur terung boleh menjadi salah satu pilihan tersebut.

sumber-wom.my

Tags: #kandungan buah terung #kebaikan buah terung #khasiat buah terung #khasiat terung #terung

loading...