Khasiat Biji Tembikai Untuk Kesihatan

1614 views
Foto - by natalia-p deviantart

Foto – by natalia-p deviantart

Khasiat Biji Tembikai Untuk Kesihatan | Tembikai dikenali sebagai Timun Cina atau semangka. Nama botaninya adalah Citrullus Lanatus. Ia berasal dari Selatan Afrika dalam family Cucurbitaceae.

Tembikai rasanya manis. Kaya dengan vitamin A dan C, tinggi kandungan air dan serat

Ramai yang memakan buah tembikai tentunya akan membuang bijinya. Namun tahukah anda biji tembikai mempunyai khasiat pada kesihatan.

Biji tembikai mempunyai nutrient termasuk asid lemak, protein, tiamin, niacin, folat dan pelbagai jenis mineral termasuk magnesium, potasium, mangan, zat besi, zink, fosforus dan tembaga.

Di Asia dan Timur Tengah, biji tembikai dipanggang dan dimakan sebagai snek datau dicampur dengan salad. Di negeria ia dijadikan bahan dalam penyediaan sup.

Biji tembikai memgandungi likopen yang menambahkan seri wajah dan menambah kesuburan lelaki.

Ia juga sumber terbaik kumpulan vitamin B yang dapat mengekalkan kesihatan darah, sistem saraf dan berkesan dalam memelihara sistem pertahanan badan.

Caranya adalah dengan merebus biji tembikai selama 45 minit dalam periuk tertutup dan airnya diminum seperti teh.

Biji tembikai juga mempunyai asid amino lengkap, membantu serapan kalsium, pembentukan kolagen dan tisu sambungan serta meningkatkan metabolisma, sistem kardiovaskular dan kesihatan seksual.

Ia juga mengandungi magnesium yang mengekalkan tekanan darah normal, menyokong proses metabolisma dan sintesis protein.

Biji tembikai merupakan sumber tenaga, asid lemak omega, protein dan kalori yang baik. Ia boleh membantu masalah kekurangan protein dalam badan iaitu satu cawan biji tembikai bersamaan 30 gram protein.

Kandungan minyak biji tembikai juga baik untuk penjagaan kulit. Apabila disapu pada rambut, minyak yang berasal daripada biji tembikai membantu untuk menjadikan rambut sihat, subur dan berkilat.

sumber-Hmetro

Tags: #buah tempatan #Citrullus Lanatus #khasiat biji tembikai #nama botani tembikai #semangka #tembikai #timun cina