Ketua Kampung Maut Ditembak Ketika Sujud Pertama

973 views

12373295_438978432962765_6373650918111775086_n

Ketua Kampung Maut Ditembak Ketika Sujud Pertama|Mangsa tembak di Masjid Kampung Awae Mukim Matrubotok, daerah Ranget, Narathiwat, Selatan Thailand dikenalpasti sebagai Ramlee Peraksamae, 53 tahun.

Jenazah bekas Ketua Kampung Klueng selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Yingo pada jam 2.00 petang tadi waktu tempatan.

Mangsa ditembak ketika sedang sujud rakaat pertama solat Subuh jam 5.50 pagi.

Ketua Polis Daerah Ranget Kolonel Pakdee Prichachon berkata mangsa ditembak di kepala dari jarak dekat dari arah belakang.

Polis sedang menyiasat motif serangan.

12391933_438978399629435_4526269618055872062_n (1)

1901118_438978449629430_2956717557334561084_n

734037_438978422962766_7311741530493107414_n

Baca lagi:Maut Disembelih Ketika Melaungkan Azan Subuh

Tags: #ditembak ketika sujud #ketua kampung ditembak ketika sujud