Kesan-Kesan Menonton Bahan Lucah Pada Diri Anda

788 views

ok

Kesan-Kesan Menonton Bahan Lucah Pada Diri Anda|Pernah tak anda tertanya-tanya Apa kesan tengok gambar-gambar dan video-video ini kepada anda?

Hari ini  kita bincang perkara serius. Hari ini ialah hari kita akan membincangkan topik yang jarang dibincangkan secara ilmiah terutama sekali di Malaysia: gambar dan video lucah.

Ramai orang di Malaysia mempunyai ketagihan tetapi malu untuk mengaku perkara ini. Topik ini jarang sekali dibincangkan walaupun setiap bulan, 33,100 carian di Google mengenai topik ini dilakukan.

Itu TIDAK TERMASUK variasi perkataan berkaitan. Menurut kajian yang saya lakukan, terdapat 206 variasi perkataan lucah dilakukan di Google setiap bulan. Bayangkan betapa banyaknya carian dilakukan setiap bulan di Google untuk bahan sebegini.

Tetapi kisah sebegini jarang sekali dilaporkan di dada-dada akhbar.

The Star pernah melaporkan bahawa 4.04 juta carian telah dibuat oleh orang Malaysia dari Ogos 2012 hingga ke Januari 2013 sahaja. Jika kita ambil semua rakyat Malaysia tidak kira umur, 4.04 juta bermakna 13.7% rakyat Malaysia melakukan carian mengenai bahan lucah dan data ini datang dari satu laman web untuk tempoh 6 bulan.

statistik-video-lucah
Kalau kita tambah data dari laman lucah lain, nombor pasti akan jadi jauh lebih besar.

Tu hakikatnya.

Ramai orang di Malaysia secara senyap-senyap mencari bahan lucah dan kemudiannya melancap untuk memuaskan nafsu mereka.

Kalau anda berminat untuk tahu langkah pertama yang anda boleh lakukan untuk berhenti melancap, klik butang di bawah dan ikut arahan selanjutnya:

Mulakan Langkah Pertama

“Apakah kesan melihat gambar lucah ke atas diri anda?”

Apabila anda tengok semua tu, anda akan terangsang.

Lepas dah teransang, anda akan menggunakan tangan anda untuk beronani. Kesannya akan menjadi ketara bila anda buat berkali-kali.

Apa kesannya?

Kesan menonton bahan-bahan begini berkait rapat dengan fisiologi, psikologi, emosi dan prestasi anda di atas katil.
Adakah kesan itu dalam jangka masa panjang?

Sudah ada kajian saintifik yang dibuat mengenai isu ini.

Apabila anda meletakkan tikus jantan di dalam sangkar dengan tikus betina yang hot, anda akan melihat persetubuhan hangat antara tikus berlaku. Kemudian secara progresif, yang jantan akan bosan dengan tikus betina tersebut.

Tapi, apabila saintis menggantikan yang betina asal itu dengan yang baru, tikus jantan tu terus bersemangat dan dengan hebatnya cuba membuntingkan tikus betina itu.

Kenapa jadi begitu?

Rupa-rupanya, bila kita melakukan hubungan intim, terdapat bahan kimia yang ditembak masuk ke dalam otak anda untuk memberi stimulasi kepada anda. Nama bahan kimia tersebut? Dopamine.

Struktur kimia Dopamine

Dopamine ialah bahan kimia yang bertanggungjawab untuk melahirkan keinginan dan motivasi untuk tikus, mamalia dan kita semua.

Kerja dopamin ialah untuk MENGUATKAN LAGI wayar litar ganjaran yang ada di dalam otak kita. Lagi kuat wayar, lagi kita nak sesuatu.

Dopamin ni lah yang menyebabkan kita terasa nak sangat sesuatu (cravings). Nikmat juga hasil daripada dopamin ni.

Di situ jugalah kita boleh menjadi ketagih.

Analogi mudah. Apabila anda melihat seorang wanita yang lawa, anda akan berasa teruja.

Anda akan terpegun melihatnya. Kemudian, anda semakin rapat dengannya dan biasanya perasaan terpegun anda kepadanya makin lama akan semakin berkurangan kerana anda semakin biasa dengannya.

Ini adalah kesan apabila anda sudah biasa dengan sesuatu dan anda tidak merasa apa-apa setelah biasa melihat orang itu walaupun dia dianggap cantik. Anda inginkan perbezaan. Dopamin akan terhasil apabila anda nampak sesuatu yang menaikkan syahwat anda.

Struktur kimia Dopamine

Struktur kimia Dopamine

1. Kurang nikmat
Di dalam bahasa Inggeris, keadaan ini dipanggil sebagai desensitization. Di dalam Wikipedia, maksud perkataan ini ialah:

Desensitization (also called inurement) is defined as the diminished emotional responsiveness to a negative or aversive stimulus after repeated exposure to it.

Lebih banyak kali anda didedahkan dengan sesuatu, semakin lemah respon anda terhadap sesuatu itu.

Apabila anda sering kali melihat gambar lucah, perubahan akan berlaku kepada dopamine dan reseptor dopamine anda. Dopamine yang akan keluar untuk memberi ganjaran kepada otak anda akan semakin berkurangan dan menyebabkan anda semakin kurang sensitif dengan dopamine tersebut.

Ini juga menyebabkan anda kelaparan untuk melalui aktiviti-aktiviti yang meningkatkan dopamine yang pelbagai jenis. Yang dah ketagih akan mengenepikan aktivit-aktiviti atau minat-minat lain yang sebelum ini adalah aktiviti yang menarik minat mereka.

2. Senang Pancut.
Bila anda melakukan aktiviti yang kurang sihat seperti onani, anu anda akan menjadi semakin sensitif. Jika anda seminit dua sudah terpancut, ini bermakna anda mungkin mengalami premature ejaculation.

Sebagai seorang lelaki, anda rasa tercabar dan tersinggung dengan keadaan ini kerana seorang lelaki yang sihat akan memuaskan pasangannya. Baru hebat. Menurut kajian, ketidakpuasan pasangan di atas katil adalah salah satu punca pasangan bercerai.

Sebab anda senang pancut ialah otak anda telah mewayarkan perbuatan beronani dengan rasa nikmat. Di dalam bahasa yang lebih teknikal, pancutan itu ialah hadiah kepada tindakan beronani itu.

Anda tak dapat tahan sebab anda dah sangat sensitif. Tak dapat nak tahan.
Onani ni macam dadah.

Peningkatan dopamin secara tidak semula jadi akan mengakibatkan wayar-wayar di otak anda untuk berubah untuk diadaptasi mengikut tindakan anda.

Jika anda ketagih dadah, otak anda akan berubah. Jika anda ketagih gambar lucah, otak anda juga akan berubah.

3. Hypofrontality

Pengurangan pengaktifan di hadapan (dan terutama sekali di paling hadapan) korteks; salah satu daripada keadaan neurologi yang berkait dengan schizophrenics dan schizoid.

Di bahagian ini adalah bahagian yang bertanggungjawab untuk tekad diri anda (self-determination).

Apabila hypofrontality berlaku, kekuatan tekad anda akan berkurangan dan ini bermakna semangat atau kekentalan anda akan menurun.

Jika anda mempunyai azam tertentu, keberangkalian untuk gagal itu semakin tinggi jika anda kerap menonton gambar lucah dan melancap.

Ini kerana anda gagal untuk menghalang diri anda daripada melihat gambar lucah dan bila anda sudah horny, anda akan melancap.

Apabila dua-dua ini berlaku, anda seperti menyerahkan diri anda kepada minda separa sedar dan mengakibatkan bahagian hadapan korteks anda tidak digunakan sebanyak mana yang diperlukan. Otak juga perlukan senaman dan kedua-dua aktiviti ini seperti “shortcut” untuk perkara sebenar.

Lelaki yang sebenar tak buat dua-dua aktiviti ini.

4. Neuron Pathway Yang Baru Akan Tercipta

Rujuk kembali kepada point no 2.

Neuron di otak anda berfungsi dengan mencipta rangkaian-rangkaiannya tersendiri. Apabila nikmat sama diakses berkali-kali, toleransi terhadap nikmat itu meningkat dan memnyebabkan respon (rasa nikmat) yang kurang kepada sesuatu nikmat.

Ini bermakna seorang yang ketagih memerlukan lebih banyak “dadah”nya untuk mendapat kesan yang sama. Orang yang biasa melyari laman web lucah kadang-kadang perasan tolerasi untuk bahannya itu meningkat dan ini menyebabkan mereka cuba mencari jalan untuk mendapatkan lebih banyak gambar, lebih banyak cara, lebih banyak wanita, dan lebih banyak genre.

Kebanyakan penagih ini mencari sesuatu yang boleh mengujakan mereka… – mungkin kerana perkara terlarang dan mempunyai faktor kejutan ditambah pula dengan rangsangan seksual memberikan lebih kick untuk kimia-kimia di dalam otaknya memainkan peranan masing-masing. Malangnya, kesan itu hanya seketika sahaja.

Ini bukan semua kesan-kesan keseluruhan, Ada banyak lagi.

Tags: #Bahaya #berbahaya #kesan #menonton #video lucah