Kes Pertama Wabak Zika Menerusi Perhubungan Seks

993 views
A health worker fumigates a neighborhood as part of the preventive measures against the Zika virus and other mosquito-borne diseases in Veracruz on the outskirts of Panama City February 25, 2016.  REUTERS/Carlos Jasso

Kes pertama wabak Zika menerusi perhubungan seks dilaporkan di sini, selepas seorang wanita dijangkiti virus berkenaan daripada teman lelakinya yang pulang dari Brazil.

Ia disahkan oleh Menteri Kesihatan, Marisol Touraine, hari ini.

Beliau yang membuat lawatan ke French Guiana berkata, kes itu dikesan beberapa hari lalu pada seorang wanita yang tidak hamil.

Pihak kementerian menyebut, pasangan itu difahamkan tinggal di kawasan Paris.

“Wanita itu menunjukkan simptom jelas. Namun, keadaannya terkawal ketika ini dan tidak dimasukkan ke hospital,” kata seorang pegawai kementerian.

Brazil paling teruk virus Zika dengan 1.5 juta kes yang aktif. – BH

Tags: #hubungan seks #wabak zika #zika