Kes bunuh kejam, polis minta kesan gadis usia 16 tahun

896 views

Kes bunuh kejam, polis minta kesan gadis usia 16 tahun|Polis memohon kerjasama orang ramai untuk membantu mengesan seorang gadis berumur 16 tahun bagi saksi perbicaraan kes bunuh.

Ketua Polis Daerah Seri Alam, Supt. Jokhiri Abd Aziz berkata gadis terbabit adalah Wan Nur Sakina Mohamad Tawpik, memiliki kad pengenalan bernombor 010225-03-0200 dan beralamat terakhir di No. 99, Kampung Sentosa Jalan Persiaran 2/6, Pasir Gudang, Johor.

Wan Nur Sakina diperlukan bagi saksi satu kes bunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang akan dibicarakan mulai 8.30 pagi di Mahkamah Tinggi (3) Johor Bahru, 31 Okt ini, katanya menerusi kenyataan di sini hari ini.

Sehubungan itu, Jokhiri memohon sesiapa yang mengenali atau mempunyai maklumat mengenai Wan Nur Sakina supaya menghubungi Pegawai Penyiasat ASP Mohd Zuhaili Salleh di talian 017-7000092/07-3864222 atau mana-mana balai polis berhampiran.

Video kes bunuh tiga sekeluarga

Tags: #Kes bunuh kejam #polis minta kesan gadis usia 16 tahun