Kepala bapa berkecai,kepala anak parah

5501 views

Kepala bapa berkecai,kepala anak parah|Penunggang motosikal maut, manakala anaknya cedera, selepas digilis treler di Jalan Bukit Minyak, Bukit Mertajam, hari ini.

Dalam kejadian kira-kira 11 pagi itu, Azmirul Abu Bakar, 36, maut di tempat kejadian, manakala anak lelakinya, Muhammad Haziq Asyraff, 3, kini dirawat di Hospital Bukit Mertajam.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata, ketika kejadian, treler terbabit dipercayai keluar dari simpang kanan untuk masuk ke jalan Bukit Minyak menghala ke Alma, di sini.

Bagaimanapun, katanya, treler terbabit dikatakan terlajak ke lorong bertentangan ketika kenderaan itu sedang susur keluar dari simpang berkenaan.

“Mangsa yang ketika itu sedang menunggang motosikal di lorong bertentangan, melencongkan kenderaannya dan melanggar tayar belakang treler terbabit, sebelum tergilis,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, kes terbabit disiasat mengikut Seksyen 41 Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #kepala anak parah #Kepala bapa berkecai