Kenduri Kesyukuran Bertukar Jadi Tahlil Kematian

457 views

Kenduri Kesyukuran Bertukar Jadi Tahlil Kematian|Majlis kenduri kesyukuran yang dirancang Noor Suriati Wahab, 29, di rumahnya di Kampung Rawai di sini bertukar menjadi kenduri tahlil abangnya, Mohd. Hisham, 34, yang maut dalam nahas bas ekspres di Kilometer 137.3 Lebuh Raya PLUS, arah utara, dekat kampung Jayor, Pagoh, Johor awal pagi semalam.

Menurut Noor Suriati, mereka sekeluarga sama sekali tidak menyangka senarai nama pertama daripada keseluruhan 14 orang yang terkorban dalam kemalangan itu sebagaimana dipaparkan dalam media adalah abangnya sehinggalah dimaklumkan polis kira-kira pukul 7.30 malam.

“Kenduri ini meliputi kemasukan ke rumah baharu, sambutan hari jadi anak kedua pada hari ini dan akikah anak bongsu. Sudah sebulan majlis ini dirancang.

“Memandangkan persiapan sudah dibuat, Ayah pesan pesan supaya teruskan sahaja majlis ini. Bagaimanapun, selepas zohor tadi, kita telah memulakan bacaan tahlil dan yasin untuk Abang,” katanya ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini yang terletak berdekatan rumah keluarga.

Noor Suriati berkata, jenazah anak kedua daripada lima beradik itu dijangka dibawa pulang ke kediaman keluarga sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Rawai selepas solat Isyak

Tags: #Kenduri Kesyukuran Bertukar Jadi Tahlil Kematian

loading...