Kenapa ikat (gari) ayah dengan rantai?

801 views

Petaling Jaya: “Kenapa ikat (gari) ayah dengan rantai?” soal kanak-kanak perempuan berusia lima tahun kepada anggota penguat kuasa sejurus bapanya ditahan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) kerana positif menagih dadah.

Lelaki berusia 37 tahun itu antara lima individu ditahan AADK menerusi Ops Motosikal Sempena Tahun Baru Cina 2017, di Plaza Tol Dato’ Harun, di sini, kelmarin.

Operasi turut diadakan dengan kerjasama Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Imigresen dan Majlis Keselamatan Jalan Raya (MKJR) bermula jam 9 malam hingga 12 tengah malam.

Difahamkan lelaki terbabit ditahan ketika menunggang motosikal bersama anaknya sewaktu dalam perjalanan mengambil isterinya pulang dari kerja.

Hasil saringan ujian air kencing dilakukan mendapati bapa kepada dua anak terbabit positif syabu dan dia ditahan bagi tindakan lanjut.

Tags: #ayah kena gari #ayah kena ikat #Dadah #kanak kanak 5 tahu