Kenali 5 Makanan Segera Yang Rendah Kalori

1449 views

Tidak ramai yang mampu menolak keinginan menikmati makanan segera terutama seleksi burger yang kelihatan enak dalam gambar malah lazat ketika menjamahnya.

Makanan yang cepat dan sedap pasti mempunyai kesan sampingan bukan? Ia datang dalam bentuk kalori di mana setiap satu juadah fastfood mempunyai jumlah kalori yang begitu tinggi.

Namun itu tidak bermakna semua hidangannya sama. Teliti lima pilihan makanan segera yang mempunyai kadar kalori yang rendah.

Whopper Jr. (Burger King)

bkBurger Whopper Jr. yang ditawarkan di restoran Burger King mempunyai 410 kalori jika tidak diletakkan mayonis. Tahukah anda bahawa Whopper Jr. memiliki 9 gram protein dan hanya 3 gram lemak tepu?

Beefburger (McDonald’s)

mcdCara penyediaan burger daging di McDonald’s ini sangat mudah! Pate burger yang diletak sedikit perasa ditambah garam, lada hitam, jeruk, sos tomato dan mustard. Beefburger mengandungi hanya 240 kalori.

Junior Cheeseburger (Wendy’s)

wendy
Junior Cheeseburger yang dihidangkan di Wendy’s dapat membekalkan 290 kalori kepada tubuh anda. Jika membuang keju, tolak lagi 30 kalori. Burger klasik ini disediakan bersama sos tomato, jeruk dan bawang.

6’ Turkey Breast (Subway)

sub
Sandwich Turkey Breast yang disertakan roti gandum, sayur, tomato, bawang, lada hijau, timun dan sos sweet onion mempunyai jumlah keseluruhan 435 kalori dan 1.5 gram lemak tepu sahaja. Lazat dan berkhasiat!

Toasted Twister (KFC)

kfc
Bosan dengan pilihan burger? Beralih kepada Toasted Twister seketika menjengah ke restoran KFC. Hidangan ringkas yang melalui pelbagai pembaharuan ini mempunyai 250 kalori sahaja jika tiada mayonis dan sos.

Menarik bukan? Apa lagi, beralihlah kepada pilihan hidangan yang bijak tatkala melangkah masuk ke restoran makanan segera!

Tags: #Burger King Malaysia #KFC #KFC Malaysia #makanan rendah kalori