Kekasih Siber Beri Ayat Cinta Tipu Nenek

1489 views

Kekasih Siber Beri Ayat Cinta Tipu Nenek | Akibat terlalu percaya dengan janji manis kekasih siber mengaku ‘Datuk’ yang melamarnya untuk dijadikan isteri, seorang ahli perniagaan bergelar nenek sanggup terbang dari Jakarta bagi menemui cinta hatinya itu di negara ini.

ayat

Bukan itu saja, wanita berusia 66 tahun berkenaan turut menyerahkan wang tunai AS$ 75,000 (RM276,566) kepada suspek kononnya dijadikan modal untuk perniagaan minyak dan gas di Sarawak.

Bagaimanapun, hajat nenek itu tidak kesampaian apabila menyedari lelaki yang dikenali melalui laman sosial Facebook sejak enam bulan lalu adalah ‘Awang Hitam’ yang memperdaya wanita kesunyian menggunakan ayat cinta.

Sumber polis berkata, lelaki itu mengaku ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ yang tinggal di Malaysia dan mempunyai rangkaian perniagaan dalam sektor minyak dan gas.

“Dia mempelawa mangsa menjadi rakan kongsi selepas sebulan berkenalan selain mengaku kononnya terpikat dengan mangsa.

“Apabila suspek melihat mangsa percaya dan jatuh cinta dengannya, suspek meminta mangsa menyerahkan wang kononnya sebagai modal untuk membeli barangan perniagaan syarikat mereka,” katanya.

Menurut sumber, meskipun mangsa memasukkan wang itu ke dalam akaun bank milik individu lain, namun dia tidak mengesyaki apa-apa kerana percaya akaun itu milik rakan suspek.

“Sebaik tiba di negara ini, mangsa tidak bertemu kekasihnya, tetapi dihantar berjumpa dengan seorang lelaki Afrika di sebuah hotel di Bukit Bintang.

“Lelaki Afrika itu kemudiannya cuba menipu mangsa apabila membawa satu bagasi berisi kertas hitam kononnya kepingan wang kertas bernilai ASD2.4 juta yang perlu dicuci menggunakan sejenis bahan kimia,” katanya.

Menurutnya, wanita itu masih percaya dan bersetuju menyerahkan wang yang diminta sebelum kembali ke Jakarta untuk menyediakan wang diperlukan.

tipu nenek

Katanya, kedatangan kali kedua wanita itu gagal menemui kekasihnya menyebabkan dia mula mengesyaki ditipu lelaki terbabit.

“Akhirnya mangsa membuat laporan polis selepas dinasihatkan rakannya yang mengesyaki wanita itu ditipu sindiket warga Afrika yang mencari mangsa melalui Internet,” katanya

Tags: #Ayat Cinta #ayat cinta islam #ayat cinta lawak #ayat cinta power #ayat cinta sedih #ayat cinta untuk kekasih #ayat cinta untuk lelaki #ayat jiwang #ayat lawak #beri ayat cinta #buli siber #ciber #cinta nenek #jenayah siber #maksud siber #siber ne demek #siber rescue #siber systems #tipu nenek #undang-undang siber