Kejohanan Badminton Dunia: Thien How-Wee Kiong ke suku akhir

410 views


KUALA LUMPUR 29 Ogos – Pasangan utama negara, Hoon Thien How-Tan Wee Kiong bangkit daripada ketinggalan sebelum menumpaskan wakil Jepun, Takeshi Kamura-Keigo Sonoda untuk mara ke suku akhir acara beregu lelaki pada Kejohanan Dunia di Copenhagen, sebentar tadi.

Beregu No. 9 dunia itu berhempas pulas sebelum menang 19-21, 21-17, 21-19, sekali gus menempah pertemuan dengan pasangan Korea Selatan, Ko Sung Hyun-Chin Baek Choel. – UTUSAN ONLINE

Tags: #akhir #Badminton #Dunia #HowWee #Kejohanan #Kiong #suku #Thien