‘Katak Lapar’ Serang Sungai Yellowstone di Montana

470 views

Saintis baru-baru ini telah melaporkan ‘pencerobohan’ ‘Katak Lapar’ di sepanjang sungai Yellowstone, Montana.

Katak jenis Bullfrogs itu dikatakan memakan hampir apa-apa sahaja termasuk jenis mereka sendiri dan ia boleh mengancam spesis yang lain.

Usaha-usaha oleh agensi-agensi kerajaan negeri dan persekutuan untuk mengawal pembiakan haiwan ini setakat ini gagal, selepas bilangan mereka terbukti terlalu besar untuk dikawal.

“Mereka akan makan apa sahaja yang mereka boleh muatkan ke dalam kantung mereka. Ia tidak kira jika makanannya adalah katak atau burung atau seekor nyamuk,” seorang ahli biologi dari US Geological Survey, Adam Sepulveda memberitahu agensi berita Associated Press.

Bullfrogs – yang boleh membesar sehingga 12 inci (30cm) – telah ditemui di sepanjang 106km berdekatan dengan sungai, menurut kaji selidik yang dijalankan baru-baru ini. –

Tags: #'Katak #Lapar #Montana #Serang #Sungai #Yellowstone