Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut Dibunuh Abang Ipar Tiri

8479 views

oklkd

Kanak Kanak Hilang Ditemui Maut Dibunuh Abang Ipar Tiri|Mayat kanak-kanak lelaki  dipercayai mangsa culik di Jinjang pada 11 Ogos lalu ditemui di kawasan sungai Kampung Kemensah , Hulu Kelang, hari ini.

Mayat kanak-kanak berkenaan ditemui selepas suspek kes terbabit yang merupkakan abang ipar tiri kepada mangsa, membawa polis ke lokasi kejadian. Setakat ini pihak polis masih mengawasi lokasi kejadian untuk siasatan lanjut.

Khamis lalu, seorang kanak-kanak Noor Amila Edrus Norsham, hilang ketika menunaikan solat Maghrib di surau perumahan awam Jinjang, Sentul, di sini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Azman Mohd Isa, berkata pihaknya mula melakukan pencarian di lokasi terbabit sejak malam tadi namun gagal kerana keadaan gelap.

“Kita sekali lagi membawa suspek ke lokasi sama tengah hari tadi sebelum menemui mayat mangsa di bawah gaung kawasan sungai. “Setakat ini kebarangkalian mangsa adalah kanak-kanak yang diculik adalah besar namun kami masih menunggu sehingga bedah siasat dilakukan di Hospital Kuala Lumpur,” katanya yang dihubungi sebentar tadi. Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Laporan kehilangan:

Tarikh hilang : 11.08.2018 (khamis)
Masa : 08.30 malam
Nama : Noor Amila Edrus bin Nor Sham
No.KPT: 110318-14-1557
Umur : 5 tahun
Jantina: Lelaki
Alamat: Blok C Kwsn C Rumah Panjang Jinjang Utara K.Lumpur

Ringkasan Kejadian: Hilang di kawasan surau Blok C, kawasan C tidak balik rumah selepas sembahyang isyak

14079858_1052872341487072_2787393239465938938_n

14034878_1052872431487063_4955654302680460931_n

14021689_1052872328153740_2817831630400053536_n

13920816_165980227166071_8382973388888968479_neu

Tags: #'Hilang' #Dibunuh #Ditemui #kanak-kanak #Mayat #sbsng ipsr tiri