Kanak-kanak dilanggar lori meninggal dunia

7310 views

Kanak-kanak dilanggar lori meninggal dunia|Budak lelaki berusia lima tahun maut dirempuh lori ikan ketika melintas jalan di Taman Sahabat, Teluk Kumbar, Balik Pulau, semalam.

Dalam kejadian pada 11 malam itu, mangsa Muhammad Sabirin Khasim yang parah di kepala dan kaki kiri, meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Balik Pulau.

Timbalan Ketua Polis Daerah Barat Daya, Deputi Superintendan Jafri Md Zain berkata, siasatan awal mendapati kanak-kanak berkenaan sedang melintas jalan dari arah kiri sebelum dirempuh lori yang ketika itu bergerak di laluan sama.

“Mangsa dipercayai melintas jalan seorang diri ketika itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.

“Pemeriksaan awal mendapati pemandu lori berusia 32 tahun terbabit mempunyai lesen dan ujian air kencing juga mendapati dia bebas dari pengaruh dadah,” katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Tags: #Dilanggar #kanak-kanak #Lori #meninggal dunia