Kanak-kanak 8 tahun maut tergelincir pembentung

625 views

 

Kanak-kanak 8 tahun maut tergelincir pembentung|Seorang kanak-kanak perempuan berusia lapan tahun maut selepas tergelincir dan jatuh ke dalam pembentung di Kampung Binjal, di sini.

Murid darjah dua Sekolah Kebangsaan (SK) Kelar, Nurul Aimuni Ab Rahman dikatakan ke lokasi kejadian pada kira-kira jam 4 petang untuk melihat air yang mulai melimpah di kawasan tersebut ekoran hujan lebat sepanjang hari ini.

Turut bersama mangsa ketika kejadian ialah, ibunya, Suziana Seman, 35, dan dua lagi adiknya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner, Ibrahim Saad ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut.

Katanya, kejadian itu bukanlah insiden lemas akibat banjir dan kes tersebut diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Tags: #Kanak-kanak 8 tahun maut tergelincir pembentung