Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan

391 views

Kajian:Golongan darah O lebih banyak mati dalam kemalangan|Satu kajian yang diterbitkan oleh jurnal Critical Care baru-baru ini telah mendedahkan bahawa individu yang berdarah O mempunyai kaitan dengan kadar kematian yang tinggi dalam kemalangan.

Menurut Science Daily, kajian tersebut melibatkan 901 orang pesakit kemalangan dalam unit penjagaan kecemasan di Jepun antara tahun 2013 hingga 2017. Para pengkaji telah diberi kebenaran untuk memeriksa rekod kesihatan dan perubatan pesakit untuk tujuan pengumpulan maklumat.

Para pengkaji itu yang terdiri daripada kakitangan Pusat Perubatan Tokyo dan Hospital Pergigian Universiti, telah menemui bahawa pesakit kemalangan kritikal berdarah O mempunyai peratusan kematian sebanyak 28%, berbanding dengan pesakit yang mempunyai jenis darah berbeza hanya mempunyai peratusan sebanyak 11% sahaja.

“Kajian terbaru ini menemui bahawa darah jenis O adalah faktor risiko kepada haemorrhage, iaitu pendarahan dalam kuantiti yang banyak. Kehilangan darah yang banyak akan menyebabkan kematian kepada pesakit yang mengalami kemalangan.

Numun kajian mengenai hubungkait antara jenis darah dan risiko kematian akibat kemalangan agak jarang dilakukan. Pihak kami mahu menguji hipotesis adakah kelangsungan trauma Kemalangan dipengaruhi oleh perbezaan dalam jenis darah”, kata Dr. Wataru Takayama.

Oleh yang demikian, pasukan penyelidik berkenaan menjalankan kajian dan menemukan pesakit yang berdarah O mempunyai tahap faktor von Willebrand yang rendah berbanding dengan mereka yang mempunyai jenis darah yang lain. Untuk pengetahuan anda, faktor Von Willebrand merupakan agen pembekuan darah yang membantu menghentikan pendarahan apabila pesakit mengalami insiden kemalangan

Mereka percaya bahawa kadar faktor Von Willebrand yang rendah akan menyebabkan pesakit kehilangan lebih banyak darah dan agak sukar untuk menghentikan pendarahan.

Tags: #Dalam Kemalangan #Golongan darah O #Kajian #lebih banyak mati