Kaji Selidik i-Akaun KWSP Tidak Relevan

668 views

Kaji Selidik i-Akaun KWSP Tidak Relevan | Kaji selidik secara dalam talian ‘i-Akaun’ yang diperkenalkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP)untuk mendapatkan pandangan pencarum berhubung cadangan penyelarasan umur pengeluaran simpanan ahlinya kepada 60 tahun adalah tidak relevan.

Kaji Selidik i-Akaun KWSP Tidak Relevan

Sebaliknya, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) Datuk Azih Muda berkata, pertemuan secara terbuka antara KWSP dengan pihak berkepentingan seperti pekerja dan majikan adalah lebih sesuai.

“Hari ini dalam keadaan orang ramai yang tidak bersetuju dengan cadangan tersebut, KWSP tidak seharusnya memperkenalkan kaedah itu,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

KWSP baru-baru ini meminta ahlinya menimbangkan dua cadangan — melanjutkan umur pengeluaran penuh daripada 55 kepada 60 tahun secara berperingkat dalam tempoh 15 tahun, atau mengekalkan umur pengeluaran 55 bagi simpanan sedia ada dan memperkenalkan umur pengeluaran baharu pada 60 tahun bagi caruman mereka yang bekerja selepas usia 55 tahun.

Azih berkata, pihaknya berpendirian tegas bahawa cadangan tersebut akan menyebabkan bakal pesara lebih tertekan dengan komitmen sedia ada seperti bayaran perumahan serta perbelanjaan lain. – Bernama

Tags: #akaun kwsp #kaji kwsp #KWSP #selidik kwsp