Julia Ziegler Menikah Dengan Cara Tertutup

312 views

Julia Ziegler Menikah Dengan Cara Tertutup|Berbeza dengan artis-artis sebelum ini yang tidak pernah lupa mengundang media, pelakon, Julia Ziegler memilih untuk melangsungkan pernikahannya secara tertutup.

Pelakon, Julia Ziegler selamat bergelar isteri kepada Johan jurutera mekanikal,dengan sekali lafaz. Pasangan ini bernikah di kediaman keluarga pengantin perempuan di Kampung Baru, Kuala Lumpur.

Julia atau nama sebenarnya Julia Bob Fauzi Ziegler, 32, menerima mas kahwin RM80 beserta tujuh dulang hantaran manakala jumlah wang hantaran dirahsiakan.

Majlis akad nikah yang berlangsung pada pukul 11 pagi tadi dihadiri oleh keluarga terdekat kedua-dua pasangan pengantin baharu.

Sementara itu, sebuah majlis resepsi diadakan di lokasi yang sama bagi meraikan pasangan mempelai ini. Berbeza dengan artis-artis sebelum ini yang tidak pernah lupa mengundang media dan pelakon.

Julia Ziegler memilih untuk melangsungkan pernikahannya secara tertutup.Wartawan dan juru gambar juga tidak dibenarkan untuk membuat liputan pada majlis itu.

Tags: #Julia Ziegler #menikah #tertutup