Jerebu Kuning Bakal Menimpa malaysia?

811 views

 

jerebu kuning

Jerebu Kuning Bakal Menimpa malaysia?|Jabatan Alam Sekitar (JAS) menafikan kewujudan fenomena ‘jerebu kuning’ seperti yang tersebar di media sosial.
Dalam kenyataan semalam, JAS memaklumkan pemantauan mendapati bacaan kepekatan karbon monoksida adalah rendah dan tidak menyebabkan fenomena berkenaan.

“Bacaan kepekatan karbon monoksida itu kurang daripada Recommended Malaysian Air Quality (Garis panduan Kualiti Udara Malaysia) iaitu di bawah 30 ppm (1 jam) atau 35 mikrogram per meter padu (1 jam).
“Ia tidak menyebabkan fenomena jerebu berwarna kuning,” menurut JAS dalam kenyataan, sekali gus menjelaskan maklumat yang disebarkan mengenai fenomena jerebu.

JAS menarik perhatian Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Malaysia merupakan pengukuran kesan kepekatan pencemar utara pencemar utama — habuk halus bersaiz kurang dari 10 mikrometer (PM10); karbon monoksida; sulfur dioksida; nitrogen dioksida dan ozon mengikut piawaian antarabangsa.
– Bernama

video jerebu kuning di palangkaraya kalimantan tengah

Tags: #bahaya kerebu kuning #Jerebu kuning