Jep Sepahtu Bakal Bertunang Bulan Ini?

520 views

Jep Sepahtu Bakal Bertunang Bulan Ini?|Dengan penyebaran cerita atau gosip yang mendakwa pelakon dan pelawak popular, Jep Sepahtu dan pelakon Sari Yanti bakal bertunang.

Sumber berkenaan mendakwa majlis pertunangan itu bakal berlangsung pada bulan ini. Namun, pasangan ini seakan masih bermain teka-teki akan perkara ini.

Tetapi mendengar pada kenyataan Jep baru-baru ini di rancangan Sepahtu Reunion Live, dia seolah memberikan gambaran bahawa hubungannya dan Sari Yanti bukan sekadar teman biasa malah lebih dari sekadar kawan.

Bagaimanapun, menerusi sumber lain, Jep telah menafikan gosip berkenaan yang dikatakan semakin hangat apabila baru-baru ini, Sari ada menulis komen “I love you” secara terbuka kepada Jep di dalam sosial Instagram.

“Bertunang? tak ada lah, mana ada. Saya tak baca pun apa yang keluar dan tidak tahu apa-apa mengenainya. Kami memang tiada perancangan untuk bertunang,” katanya dipetik Astro Gempak.

Jadi, sudah sah Jep Sepahtu dan Sari Yanti tidak bertunang bulan ini sebagaimana yang dihebahkan.

Bagaimanapun menerusi satu sumber info yang lain, ada yang mendedahkan berita yang lebih gembira daripada berita pertunangan itu.

Menurut sumber berkenaan, Jep dengan Sari sebenarnya bakal bernikah pada penghujung bulan ini. Sumber berkenaan juga mendakwa Jep dan Sari Yanti bakal bernikah pada hari Sabtu, 25 Februari 2017 ini di Damansara.

Adakah cerita ini benar? Sama-sama kita nantikan penjelasan dari Jep Sepahtu dan Sari Yanti.

Tags: #Bertunang #gambar nikah jep sepahtu dan sari yanti #Jep Sepahtu #jep sepahtu dan sari yanti bernikah #jep sepahtu dan sari yanti bertunang #jep sepahtu dan sari yanti nikah #nikah #pernikahan jep sepahtu dan sari yanti #sari yanti #Tunang