Jep Mengaku Sedang Rapat Dengan Pelakon Wanita

1160 views

KALAU nak dibandingkan dengan rakan-rakan Sepah yang lain, Jep dilihat seorang yang sangat berahsia mengenai kisah peribadinya.

Namun, bila baru-baru ini Jep memuat naik gambar seorang wanita cantik di laman Instagramnya, banyak peminat mengandaikan wanita tersebut merupakan kekasih hati kepada pelawak popular ini.

Diminta mengulas mengenai perkara tersebut, Jep mengakui wanita itu yang juga merupakan seorang pelakon adalah wanita paling rapat dengannya pada masa ini.

Walau bagaimanapun, Jep enggan menjelaskan status perhubungan mereka dan mendedahkan lebih lanjut mengenai identiti ‘rakan rapatnya’ itu.

Memetik mStar, Jep berkata, “Tak tahu nak cakap macam mana tetapi apa yang boleh saya katakan, dia adalah wanita paling rapat dalam hidup saya setakat ini.

“Tiada apa yang perlu dirahsiakan. Sebab itu saya memuat naik beberapa foto kami di Instagram,” katanya.

Difahamkan pelakon wanita itu adalah Nazeera Sardi yang pernah membintangi drama dalam slot Zehra di TV3 bersama gandingan Beto Kusyairy dan Zahiril Adzim. – MYNEWSHUB.CC

Tags: #dengan #Mengaku #Pelakon #Rapat #Sedang #Wanita