Jenazah Hidup Semula Akibat Tuntut Ilmu Hitam Di Serawak

1184 views

Jenazah Hidup Semula Akibat Tuntut Ilmu Hitam Di Serawak|Mungkin ramai  yang pernah mendengar mitos kalau seekor kucing melompat ke atas sekujur mayat,mayat tersebut akan hidup semula.

Tapi kisah yang di kongsi oleh seorang wanita yang di kenali sebagai Nadia Mcwillson ini pula berbeda apabila mayat dikatakan bangkit kerana menuntut imu hitam.

Menurut beliau kisah ini berlaku di antara tahun 1998 -1999 di kuching serawak

Kejadian dikatakan bermula apabila seorang pakcik dikatakan pernah meninggal beberapa tahun lalu namun tiba-tiba hidup semula,hal ini di kuatkan dengan cerita orang kampung yang mendakwa lelaki tersebut kononnya berketurunan hantu bangkit.

 

Waktu itu saya baru balik mengaji petang,then ada pengumuman surau kata arwah pakcik ni meninggal dan orang kampung semua time tu kecoh,sebab beberapa tahun sebelum tu pakcik ni pernah meninggal tapi hidup semula.ya..dia mati lepastu hidup semula.

Ramai yang cakap arwah ni hidup semula sebab keturunan dia dari hantu bangkit,trai google pasal hantu ni memang famous kat kuching.katanya.

Keadaan di kampung yang tidak di namakan menjadi menyeramkan apabila satu kampung dikatakan terputus bekalan Elektrik,mayat yang bakal dikubur pada malam tersebut juga tiba-tiba hilang.

Dia amal ilmu,so macam normal lah kan,jadi bila dia meninggal kali ini ramai yang ketakutan.

dia meninggal dalam waktu azar,saya ingat lagi bapak saya pergi ziarah jenazah,dan mak bagi tau jenazah akan dikubur malam tu jugak.

Dan tau apa yang berlaku? waktu magrip tiba tiba lampu padam kt seluruh kampung,dan semua orang ketakutan sebab,bila chek keranda,jenazah dah tak ada.

Dan time tu kecoh sebab ramai orang cakap ada nampak arwah kat masjid macam biasa,isap rokok sama macam apa yang arwah buat waktu hidup dulu.

Masa lampu padam tu ramai yang cakap terserempak arwah kt kampung tu,memang semua kecoh dah.

Dan dalam jam 9 macam tu,api dah ada balik,kejutannya adalah jenazah ada balik dalam keranda.masa tu semua orang cepat-cepat uruskan jenazah,terus dibawa kekubur dan di tanam malam tu jugak.

Selesai je majlis tahlil apa semua,malam esoknya satu kampung kecoh arwah balik kerumah.dia melawat ke hampir semua rumah rakan-rakannya dan salah sebuah rumah yang dia datangi ialah rumah kami.

Arwah balik kerumah buat macam biasa dia buat ketika hidup,keluarga dia pun dah tau kalau arwah keturunan hantu hidup.isteri dia pun still bagi dia makan apa semua dan yang seronoknya dia pergi kerumah kawan kawan dia.

Banyak rumah dia ketuk siap bagi salam lagi,termasuk rumah kami.

Saya ingat lagi,pintu rumah bergegar macam ada orang goncang dan kucing-kucing kami yang 6 ekor semua mengeluarkan suara macam gaduh.

Jadi bapak cakap mesti kawan dia yang meninggal tu,dia berdiri kt depan pintu dan menjerit Aku nak tidur ko datang esok!

Esok subuh mak buka pintu nak kesurau rumah kami di kelilingi tanah kubur,bukan rumah kami je banyak lagi rumah yang macam tu.dan semua cakap pintu rumah diorang berguncang macam tu.

Bagaimanapun menuru Nadia,orang kampung berkenan turut meminta bantuan pawang dari indonesia untuk menghalau arwah pulang semula ke asalnya,arwah menolak hingga tubuh mayat tersebut mereput secara berlahan-lahan.

Gangguna berkenan berlanjut dalam tempoh tiga ke 4 bula sehingga semua reda.

Namun akibat trauma dan mulut orang kampung yang mengata buruk tentang arwah,keluarga arwah terpaksa pindah dari kampung tersebut kerana di pinggirkan warga.

Tags: #cerita seram #Hantu #Hidup #ILMU HITAM #jenazah #Semula #serawak