Jangan Sekat Lagu Lucah, Biar Anak Buat Keputusan Sendiri – Azimah Rahim

 

Jangan Sekat Lagu Lucah, Biar Anak Buat Keputusan Sendiri – Azimah Rahim |Kuala Lumpur – “Tidak perlu kawalan ibu bapa. Mereka (anak-anak) boleh buat keputusan sendiri”. Cadangan tersebut diutarakan oleh Pengerusi Parent Action Group For Education (PAGE), Noor Azimah Abdul Rahim sebagaimana dilaporkan oleh portal Free Malaysia Today (FMT).

Komentar tersebut diberikan apabila isu lagu ‘Despacito’ yang dikatakan berunsur lucah disekat oleh Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Azimah turut menambah, “Kita telah mengajar anak-anak kita tentang apa yang baik, jadi, perlukah kita mengawal mereka dengan memberitahu mereka lagu apa yang mesti dengar atau tidak?”

“Anak-anak menyanyikan lagu tersebut bukan disebabkan oleh apa yang dimaksudkan, tetapi kerana ia sedap di halwa telinga” katanya lagi.

Walaupun liriknya berunsur lucah, Noor Azimah Abd Rahim yang turut aktif sebagai Ahli G25 sebelum ini, turut menyatakan bahawa beliau turut menyukai ritma lagu tersebut tetapi bukan pada maksud lagu itu.

Angkatan Wanita Amanah (AWAN) sebelum ini mengeluarkan kenyataan tegas berkenaan isu lirik lagu lucah dendangan penyanyi dari Puerto Rico, Luis Fonsi yang turut memaparkan rapper Daddy Yankee.

Tags: #Biar Anak Buat Keputusan Sendiri .Azimah Rahim #Jangan Sekat Lagu Lucah