Izreen Akhirnya Dapat Balasan

3114 views

Izreen Akhirnya Dapat Balasan|Masih tentang kontroversi yang melanda pelakon popular Izreen Azminda yang nampaknya masih belum berkesudahan.

Terbaru, Media pemberita difahamkan kontrak Izreen sebagai duta produk kecantikan Meeracle tidak lagi disambung selepas tamat pada 15 Februari yang lalu.

Kenyataan tersebut dikeluarkan menerusi surat yang bertarikh 1 Mac 2018 yang menyatakan keputusan itu diambil pihak pengurusan atas sebab-sebab tertentu.

Terdahulu Izreen dan suaminya, Ude atau Muhamad Radzi Abdul Wahid telah memadamkan akaun Instagram (IG) mereka selepas berterusan dikecam netizen yang tidak berpuas hati selepas Ude memutuskan untuk berpisah dengan isteri pertamanya, Intan Liyana Salleh.

Ude yang juga merupakan pemuzik bebas ini telah hadir ke Mahkamah Syariah Gombak Timur pada 28 Februari lalu untuk proses lafaz cerai terhadap isteri yang dikahwininya lima tahun lalu.

Bagaimanapun, mahkamah menangguhkan proses itu pada 22 Mac depan. selepas peguam yang mewakili pemuzik bebas ini iaitu Datuk Mohd. Zaidi Md. Zain memohon untuk menyelesaikan beberapa isu tuntutan selepas perceraian.