“isu dalam kain” Dah dapat sedap tak mengaku pulak-Joy

9083 views

“isu dalam kain” Dah dapat sedap tak mengaku pulak-Joy |Isteri penyanyi Hafiz Hamidun iaitu Siti Arifah Amin atau Joy Revfa menggunakan nama Allah dengan membuat pengakuan dia pernah mengadakan hubungan kelamin dengan penyanyi itu sepanjang mereka bergelar suami-isteri.

Joy menerusi kenyataan di laman sosial Facebook berkata, dia enggan menjelaskan perkara itu kepada umum secara terperinci bagi menjaga aib suaminya itu.

“Since dia menceritakan “isu dalam kain” kepada media yang dia tidak pernah ‘menyentuh atau instimta’ bersama saya, dengan nama Allah swt… Saya berani menyatakan di sini itu adalah bohong dan tidak benar sama sekali kerana kami telah melakukan itu namun ada sesuatu yg saya tak dapat ceritakan demi menjaga aib dia,” ujarnya pada Selasa

Joy turut memberitahu perceraiannya dengan bekas suami iaitu Mohd Rayos Abdul Rahim disahkan jatuh dengan talak satu dua tahun lalu selepas diputuskan oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam pada Selasa.

Ia sekali gus menafikan dia masih berstatus isteri orang ketika berkahwin dengan Hafiz Hamidun pada 1 Mei lalu.

“Subhanallah, Allahuakbar… saya rasa seperti kuasa ajaib Allah swt membantu saya dalam isu pernikahan saya. Tadi, hari ini (Selasa) bertarikh 10.10.17, Hakim Mahkamah Syariah Shah Alam telah mengesahkan bahawa cerai saya bersama bekas suami telah jatuh dua tahun yang lalu.

“Ini bermakna saya dan bekas suami sudah sah cerai dua tahun yang lalu. Nikah saya dengan “suami” (Hafiz) sekarang adalah sah dalam agama Islam di Malaysia,” ujarnya.

Bagaimanapun, Joy berkata, dia tidak akan meneruskan pernikahannya bersama Hafiz jika perkahwinan mereka sah di sisi agama.

Kata Joy, dia tidak merasakan Hafiz seorang lelaki yang layak menjadi suaminya selepas pertelingkahan yang berlaku antara mereka.

“Jika orang bertanya, adakah saya mahu teruskan pernikahan saya bersama HH (Hafiz Hamidun) 1,000 kali saya akan katakan tidak kerana bagi saya dia tidak layak jadi seorang suami saya dan keturunan saya nanti,” ujarnya.

Sementara itu, Hafiz pula menerusi kenyataan di Twitter menafikan kenyataan Joy bahawa mereka pernah bersama.

Katanya, keputusan mahkamah pada Selasa adalah berkaitan perceraian Joy pada perkahwinan pertamanya dan ia tiada kaitan dengan kes perkahwinan mereka.

“No, saya menafikan. Tak pernah bersama pun. Sah bercerai hari ini tapi kenapa dia nak cakap perkahwinan dengan saya sah?

“Sabar dulu, kes mahkamah antara saya dan Siti Arifah belum selesai lagi pun. Jangan buat spekulasi apa-apa,” ujarnya.

Tags: #Hafiz Hamidun #Isteri #isu dalam kain #joy Joy Revfa