Isak Tangis Ayah Ditengah Jalan

1151 views

MIEU

Isak Tangis Ayah Ditengah Jalan|Seorang penuntut Politeknik Port Dickson (PPD) maut selepas dilanggar lori minyakdalam insiden langgar lari di Kilometer 4, Jalan Tampin-Gemas, di sini, malam kelmarin. mangsa, Abdul Qayyum Maula Yaakob, 20, yang menunggang motosikal jenis Honda Wave 125s dipercayai dalam perjalanan pulang dari rumah rakannya di Taman Sri Repah ke rumahnya di Taman Gunung Mas.

Suasana sedih menyelubungi lokasi kemalangan apabila seorang bapa Yaakob Abd Hamid, 61 hanya mampu menangis sambil memeluk tubuh anaknya yang meninggal dunia selepas motosikal ditunggang dirempuh lori tangki dalam kejadian langgar lari .

Dengan linangan air mata, Yaacob sempat meminta maaf kepada anaknya sebelum membaca beberapa ayat suci al-Quran sementara menunggu kedatangan polis.

Menurut ayah mangsa, sehari sebelum kejadian, anak bongsunya itu ada menyatakan untuk menziarahi pusara datuk dan neneknya di Tanah Perkuburan Islam Kuala Ina.”Arwah tanyakan pada saya dan ibunya ada air Yasin atau tak kerana mahu ziarah pusara datuk dan neneknya.

Kali terakhir arwah ziarah kubur berkenaan pada Aidilfitri tahun lalu.”Bagaimanapun hasrat arwah tak kesampaian. Jika diikutkan, arwah sedang menunggu untuk pulang ke politeknik susulan kertas akhir peperiksaan bagi pengajian semester ketiganya dalam Diploma Kejuruteraan Elektrik dan Elektronik pada Sabtu ini,” katanya ketika ditemui di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tampin, semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Tampin, Superintenden Wooi Kooi Cheang berkata, mangsa terjatuh di atas jalan dan dilenyek selepas bergesel dengan lori minyak.”Mangsa maut akibat cedera parah di kepala danbadan.”Justeru, saksi diminta tampil ke balai polis atau menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik, Inspektor Yasmin Beevee Mohamed Ali di talian 06-4411221 atau 06-4411222,” katanya.-Bernama

Tags: #Isak Tangis Ayah Ditengah Jalan