Idola Mat rempit Y15ZR paling kaya kantoi meragut

8604 views

Idola Mat rempit Y15ZR paling kaya kantoi meragut|Seorang lelaki telah berjaya diberkas oleh orang ramai apabila ditangkap menjadi seorang peragut. lelaki tersebut kemudiannya terus mencetuskan api viral di media sosial apabila individu tersebut di cam oleh seorang netizen di media sosial.

Penjenayah tersebut sebenarnya seorang yang agak popular di media sosial sebagai “idola” bagi mat rempit yang katanya mempunyai motosikal yang laju dan seorang joki yang layak digelar “idola” di kalangan mereka.

Sebelum ini lelaki tersebut viral kerana menghentam motosikal yang berlainan daripada motosikal yang digunanya iaitu Y15ZR. Lelaki tersebut viral dalam group group motor di facebook kerana percakapannya yang agak kurang menyenangkan dan menghina pengguna media sosial lain seperti pengguna RX-Z, 125z dan sebagainya.

Ramai netizen yang perasan dengan nama dan gambar muka lelaki tersebut dan post mengenai lelaki tersebut telah mendapat ribuan share. Selain itu ruangan komen juga dibanjiri dengan beberapa ribu komen berkenaan lelaki tersebut yang selalu menghina peminat motosikal lain.

Namun , ketika ditangkap, lelaki tersebut ditangkap bersama sebiji Yamaha 135LC yang digunakan untuk meragut yang bernombor pendaftaran BPH 7846 yang agak sukar untuk dikenalpasti. Lelaki tersebut juga dikutuk teruk oleh peminatnya sendiri yang sebelum ini menganggapnya sebagai idola.Lelaki tersebut juga dikatakan hidup mewah kerana meragut ramai mangsa .

Tags: #Idola #kantoi meragut #mat rempit #paling kaya #Y15ZR