Identiti & latar belakang lelaki yang mencium dahi Raja Salman

604 views

Identiti & latar belakang lelaki yang mencium dahi Raja Salman|Sekeping gambar memaparkan seorang lelaki Malaysia mencium dahi Raja Arab Saudi, Raja Salman bin Abdulaziz Al Saud yang bertebaran di media sosial telah menimbulkan tanda tanya banyak pihak tentang identiti lelaki berkenaan.

Memetik laporan al-Arabiya, gambar keakraban mereka berdua ternyata menarik minat para netizen untuk mengetahui apa hubungan istimewa lelaki berkenaan dengan Raja Salman.

“Beliau adalah Sheikh Hussain Yee, seorang sarjana Islam Malaysia-China dan merupakan seorang pendakwah Islam yang memeluk agama suci itu pada usia 18 tahun,”

Sheikh Hussain Yee adalah Pengasas dan Presiden Yayasan Al-Khadeem,Malaysia. Rakyat Malaysia keturunan Cina yang begitu komited dalam dakwah dan kerja-kerja masyarakat, beliau adalah seorang yang unik dan sangat berpengaruh dan dikenali di dunia dakwah seluruhnya.

Hussain Yee (lahir pada tahun 1950) kerakyatan Malaysia keturunan Cina adalah pendakwah Islam yang asalnya beragama Buddha dan juga Kristian.
Lahir dalam keluarga Buddha, Sheikh Hussain telah memeluk Islam pada tahun 1968. Sebaik sahaja tamat sekolah asas, beliau telah menyambung pelajaran di Universiti Islam Madinah, Arab Saudi, khusus dalam bidang Hadis (1972-1978). Sangat bertuah kerana beliau adalah antara pelajar kepada ulama hadis terkenal abad ke 20, Sheikh Muhammad Nasiruddin Al-Albani dan juga sering berhubung dengan bekas Mufti Besar Arab Saudi, Sheikh Bin Baaz semasa belajar di Universiti Madinah.

Kemudia beliau menyambung pelajaran di Damsyik, Syria pada tahun 1978 hingga 1979.

Selepas berjaya tamat pengajian, Sheikh Hussain bekerja dengan perbagai organisasi dalam usaha menguatkan dan mengembangkan dakwah dan membantu kepada mereka yang baru memeluk Islam. Bermula pada tahuhn 1980 beliau adalah Penasihat kepada Pertubuhan Imigrant Kemboja di Paris. Beliau juga adalah Penasihat kepada Pendakwah di PERKIM (Pertubuhan Kebajikan Islam.
Malaysia) Pertubuhan yang membantu mualaf-mualaf baru dan juga Direktor kepada Pusat Islam Hong Kong (Da’wah for the Islamic Center in Hong Kong) pada tahun 1984 hingga 1985.

Sheikh Hussain Yee bergiat aktif dalam pelbagai-bagai pertubuhan dan memberi ceramah-ceramah di United Kingdom dan Eropah dan juga mengendalikan kursus-kursus (summer camp) dan motivasi di merata negara.
Sheikh Hussain juga sangat popular dengan dakwah yang mudah difahami dan dikenali di media-media Islam seperti di TV Bahrain, TV Islam Channel London, Peace TV India dan Iqra’ TV. Beliau sangat rapat dengan Dr. Zakir Naik dan pendakwah yang lainnya.

Tags: #Identiti lelaki yang mencium dahi Raja Salman #Identiti lelaki yang mencium Raja Salman #latar belakang lelaki yang mencium dahi Raja Salman #latar belakang Sheikh Hussain lelaki yang mencium dahi Raja Salman #mengenal lelaki yang mencium dahi Raja Salman #mengenal Sheikh Hussain lelaki yang mencium dahi Raja Salman #Sheikh Hussain lelaki yang mencium dahi Raja Salman #siapa lelaki yang mencium dahi Raja Salman